kemarahan | perasaan marah; kegusaran | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemarahan | perasaan panas hati atau perasaan tidak senang hati kerana dihina (dikeji, diperlakukan kurang baik dll); perasaan yg menyebabkan seseorang mahu berkelahi: ~nya kpd pemuda yg kurang ajar itu masih belum hilang lagi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kemarahan | perihal marah, keberangan, kegusaran: perkara ini mungkin menimbulkan ~ orang kampung; pd saat itu, hilang ~, lemah segala sendi anggota; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemarahan | sj tumbuhan (pokok), cendarah hitam, derahan, kerantu, penarahan hitam (samak), pisang-pisang bulu, tenol, Knema laurona. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mendinginkan | 1 menjadikan (menyebabkan) dingin. 2 menyejukkan; menenangkan (kemarahan dll): Anak itu pandai ~ kemarahan ayahnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
provokasi | perbuatan atau kata-kata yg membangkitkan kemarahan: Saya mendiamkan diri dan tidak menyambut ~nya. memprovokasi membangkitkan kemarahan: Kamu dipukul mungkin kerana kamu ~nya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mendinginkan | 1. menjadikan (menyebabkan) dingin. 2. menyejukkan; menenangkan (kemarahan dll): Anak itu pandai ~ kemarahan ayahnya. | Kamus Pelajar |
berangsang | ; memberangsang amat marah, menunjukkan kemarahan (seseorang), memarahi: “Awak ini betul bodoh,” ia ~ ke telinga orang itu;memberangsangkan 1. membangkitkan keberanian (semangat dll), memberanikan: ia sukacita mendengar kata-kata tabib yg ~ hatinya; 2. membangkitkan kemarahan (perasaan marah);pemberangsang 1. pemarah; 2. minuman (makanan) utk memberangsangkan; ® rangsang I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menawari | 1. mengubat (dgn jampi, mantera, guna-guna, tepung tawar, dll), menjampi, memanterai, menambari: ditawarilah oleh Shahar Pahlawan akan bisa itu, barulah Nahar kembali sembuh; 2. memujuk, memikat, menambat (hati perempuan): dia ~ janda kaya itu supaya berkahwin dengannya; 3. meng-hilangkan (menyejukkan) kemarahan dll, meredakan (kemarahan dll): ibunya tahu hati Nibong hati batu, tidak boleh ditawari lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reda | 1 mula berkurang; hampir berhenti (bkn hujan ribut atau angin): Sebentar kemudian, angin dan hujan pun ~. 2 semakin kurang (bkn kemarahan, penyakit dll): Kemarahannya sudah mula ~. Tangisannya masih belum ~. meredakan menjadikan atau menyebabkan reda; menenangkan: Ia berjaya ~ kemarahan orang tua itu. keredaan keadaan atau hal reda; ketenangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |