Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ki.ta] | کيت

Definisi : 1 saya dan kamu semua: Mari ~ pergi berkelah. 2 saya; aku: Sudah lama juga ~ menunggu awak di sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kita (kata nama)
Bersinonim dengan kami, saya, aku, kawan, eden, ese, beta, cek, teman, hamba;,
Kata Terbitan : kekitaan,

Puisi
 

Jangan naik kereta kuda,
     Marilah kita berjalan kaki;
Jangan kita main cinta,
     Nanti kita makan hati.


Lihat selanjutnya...(264)
Peribahasa

Orang berbudi kita berbahasa,
     orang memberi kita merasa.

Bermaksud :

Tiap-tiap pemberian orang hendaklah dibalas dengan pemberian; kita harus tahu berterima kasih.

 

Lihat selanjutnya...(78)

26

Great barkers are not biters

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Anjing yang menyalak (menggonggong) tak akan menggigit

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. "Anjing yang menyalak tak akan menggigit," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(22)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
keburukankeadaan atau sifat buruk: Kalau kita sendiri menceritakan ~ keluarga kita, kita pun akan mendapat malu juga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memakaikan1 mengenakan atau memasangkan sesuatu pd: Ketika kita kecil-kecil dahulu, ibulah yg menyuapi kita dan ~ baju pd kita. 2 menguntukkan sesuatu supaya digunakan; memberikan sesuatu supaya dipakai: Kita tidak boleh ~ peraturan itu kpd rakyat di sini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membesarkan1 menyebabkan menjadi besar: Dia sedang ~ rumahnya. 2 menjaga atau memelihara hingga menjadi besar: Kita hendaklah sentiasa menghormati kedua-dua ibu bapa kita yg telah bersusah payah ~ kita. 3 menganggap penting atau tinggi: Jika kita suka ~ diri, kita akan dibenci orang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bapa tirilelaki yg berkahwin dgn ibu kita sesudah ayah kita meninggal atau sesudah ayah bercerai dgn ibu kita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
semu dayatipu daya, muslihat: baiklah kita cari jalan tipu ~ dan kita empat bersaudara ini kita berpecah; ~ Jawa, pujuk Melayu;Kamus Dewan Edisi Keempat
maknaerti sesuatu perkataan dll; maksud: Kita dpt bersembahyang dgn lebih khusyuk jika kita mengetahui ~ bacaan kita itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mencerakinkanmencerakin sesuatu; memisahkan atau menceraikan sesuatu sebatian kpd unsur-unsur asalnya: Jika kita ~ air, kita akan mendapati bahawa air terdiri drpd hidrogen dan oksigen.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menggandakanmenjadikan banyak satu kali drpd jumlah yg mula-mula; menjadikan berganda: Sekarang kita perlu bekerja keras supaya kita dpt ~ hasil tanaman kita.Kamus Pelajar Edisi Kedua
superego(superégo) (Psi) bahagian fikiran bawah sedar yg sentiasa menyedarkan kita tentang kebaikan atau keburukan sesuatu, dan yg membuatkan kita terasa bersalah sekiranya kita melakukan sesuatu kesalahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
datuk nenekleluhur kita yg terdahulu sebelum kita dilahirkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas