tangkai | 1 bahagian tempat melekatnya buah, bunga dll; gagang buah, bunga dll: Buah manggis ~nya pendek. 2 bahagian drpd sesuatu utk dipegang; gagang. 3 penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga mawar. ~ bedil gagang bedil. ~ cerek tampuk cerek. ~ dayung batang dayung. ~ embun ki sesuatu yg tidak kukuh. ~ hati ki orang yg dikasihi. ~ jering ki orang yg kedekut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bertaup | 1. menjadi rapat (benda yg renggang), bertemu rapat (bibir dll): matanya ~ rapat, tetapi bibirnya terbuka sedikit; 2. melekat menjadi satu, berlekatan: tangkai-tangkai stamen itu ~ bagi membentuk salur stamen; ® taut I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
taup | bertaup 1. menjadi rapat (benda yg renggang), bertemu rapat (bibir dll): matanya ~ rapat, tetapi bibirnya terbuka sedikit; 2. melekat menjadi satu, berlekatan: tangkai-tangkai stamen itu ~ bagi membentuk salur stamen; ® taut I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tandan | 1. tangkai pd buah-buahan yg bergugus (pisang, kelapa, pinang, dll); se~ segugus (pisang, pinang, dll); 2. = ~ ekor tempat tumbuh bulu ekor kuda (kerbau): ekor kuda putih itu hitam se~nya hitam seluruhnya; bertandan ada tandannya; bertandan-tandan banyak tandan: buah kelapa keluar ~ di pangkal pelepahnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelepah | 1. tangkai daun, tulang daun (nyiur, pisang, dll); 2. tulang (bulu ayam dll); ~ nyiur Kl hidung yg besar hujungnya; ~ bawah luruh, ~ atas jangan gelak prb mestilah ingat bahawa semua yg hidup akan matijuga sudahnya; memelepah (mempelepah) membaling (memukul) sesuatu dgn kayu dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
manggar | 1. tangkai mayang kelapa; 2. Mn pangkal pelepah (kelapa dll); bunga ~ sj perhiasan drpd kertas berwarna-warni yg berupa spt manggar yg dipasangkan pd sebatang kayu (digunakan dlm upacara keraian spt perkahwinan, sambutan orang besar-besar, dsb). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gagang | 1. tangkai (bunga, gayung, dll), hulu (keris, tombak, dll); 2. Mn pucuk ranting atau batang pokok yg melata (melilit), sulur; ~ pena batang pena; ~ senapang (telefon) pemegang senapang; ~ telefon pemegang telefon; spt sirih pulang ke ~nya prb orang yg kembali kpd asalnya;menggagang mempunyai sulur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
filamen | 1. tangkai stamen yg mempunyai cepu debunga; 2. dawai halus (biasanya tungsten) dlm mentol lampu elektrik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tampuk | 1 bahagian hujung tangkai yg melekat pd buah: ~ manggis. 2 bahagian drpd sesuatu utk dipegang; tangkai yg pendek; gagang: ~ pistol. 3 yg tertinggi (bkn kuasa dll); yg menjadi pokok pangkal; yg terutama: ~ pimpinan pemimpin yg tertinggi. bertampuk ada tampuknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tampuk | 1. bahagian hujung tangkai tempat buah melekat: ~ manggis; 2. perhiasan sbg penutup (di atas, di pangkal, di hujung sesuatu): ~ pending; 3. gagang atau pegangan sesuatu alat (cerek, pistol, dll), tangkai yg kecil dan pendek: ~ pistol; 4. ki yg tertinggi (pimpinan sesuatu dll), yg utama, yg pokok, pucuk: ia telah mengambil ~ pimpinan ASAS 50 sbg ketuanya yg pertama; ~ bantal seraga penutup di hujung dan di pangkal bantal seraga (dibuat drpd emas, perak, sulaman, dll); ~ caping penutup kemaluan anak perempuan berbentuk daun sirih (dibuat drpd emas atau perak); ~ cerek pegangan cerek; (memegang) ~ kuasa (memegang) kuasa yg tertinggi; ~ labu a) tampuk buah labu; b) ark kelentit; ~ lampu elektrik soket tempat melekatkan mentol lampu elektrik, piting; ~ manggis a) tampuk buah manggis; b) ki perhiasan yg menyerupai tampuk manggis; (memegang) ~ negeri (negara) (memegang) pemerintahan negeri (negara); ~ pemerintahan kuasa yg tertinggi dlm pemerintahan; ~ pimpinan pucuk pimpinan, pimpinan yg tertinggi; ~ pistol gagang pistol; ~ subang bahagian subang yg dimasukkan ke dlm lubang cuping telinga; ~ susu lingkaran hitam sekeliling puting susu; ~nya masih bergetah ki ada mata pencariannya; darah se~ pinang ki masih muda benar dan kurang berpengalaman; melanting menuju ~ prb tiap-tiap usaha tentu ada maksudnya; bertampuk ada tampuknya, memakai tampuk; ~ bertangkai prb ada bukti yg kuat; bertampukkan menggunakan sesuatu sbg tampuk: tiga lapis bantal susun, ~ emas berpermata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |