Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kain] | کاءين

Definisi : 1 barang yg ditenun drpd benang kapas, bulu kambing dsb secara umum: ~ bulu kambing kain kasar yg dibuat drpd buku kambing. 2 barang yg ditenun yg digunakan utk sesuatu tujuan. ~ baju pakaian (spt baju, seluar). ~ basahan a. kain yg selalu atau sering dipakai (sehari-hari). b. kain yg dipakai ketika mandi. ~ cadar kain utk menutup tilam. ~ cita kain kapas yg halus, berbunga-bunga dan berwarna. ~ kaca ist kain bersalut serbuk kaca yg digunakan utk melicinkan atau menggilap sesuatu. ~ kasa kain yg halus dan jarang tenunannya (biasanya digunakan utk membuat kelambu dsb). ~ lampin kain utk membedung anak kecil. ~ selimut kain utk menutup tubuh ketika tidur; gebar. ~ sutera kain yg halus yg dibuat drpd (benang) sutera. ~ tudung kain yg dipakai utk menutup kepala. berkain memakai kain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Encik Andak menjual kain,
     Kain sutera dari seberang;
Walaupun banyak sahabat yang lain,
     Manakan sama tuan seorang.


Lihat selanjutnya...(368)
Peribahasa

Biar mati berkapankan kain cindai,
     jangan kain kadut.

Bermaksud :

Lebih baik mati daripada merosakkan nama baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Mati berkapan cindai). kadut = kain karung.

 

Lihat selanjutnya...(74)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Kumpulan drama pentas: Kain Bendera Kain Tiada2015978-967-430-708-0
Kain Tenun Qaseh Tiada2013978-5671-66-1
Kain buruk berikan kami: kumpulan dramaDewan Bahasa dan Pustaka BruneiTiada201199917-0-788-3
Kain tilamDewan Kesenian Kalimantan BaratTiada1998 
Kain tenun PahangLembaga Muzium Negeri PahangTiada2000983-2456-00-2
Kain pelekat - corakDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Kain songketDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Kain batikDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Kain untuk hiasan cenderamataDewan Bahasa dan PustakaTiada  
Kain rentang bahasa tamil di pagar DBPDewan Bahasa dan PustakaTiada2006 
1234

Kembali ke atas