Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ke.ru.han] | ککروهن

Definisi : keadaan atau sifat keruh, ke­adaan tidak jernih (tidak menyenangkan dll): ada sesuatu ~ dlm suasana rumah tangga Zarina; ~ air itu disebabkan oleh kotoran yg terkandung di dlmnya; ~ air mukanya menunjukkan ada sesuatu yg kurang baik telah berlaku. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ke.ru.han] | ککروهن

Definisi : keadaan atau sifat keruh: ~ air perigi itu dpt dijernihkan dgn mencampakkan beberapa ketul tawas ke dlmnya. ~ suasana; ~ air muka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
keruh1 (adjektif)
1. Dalam konteks air
bersinonim dengan berkeladak, berlumpur, kelorah, kotor, gelodar, bukat, berkelodak,
Berantonim dengan jernih

2. Dalam konteks air muka
bersinonim dengan muram, suram, sugul, sedih, kusut,
Berantonim dengan jernih

3. Dalam konteks cuaca
bersinonim dengan mendung, redup, suram, muram,
Berantonim dengan cerah

4. Dalam konteks bahasa
bersinonim dengan kesat, kasar, pedas, tajam, tidak sopan, tidak tertib,
Berantonim dengan halus

Kata Terbitan : mengeruhkan, kekeruhan,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Hubungan etnik di Malaysia: mencari dan mengekal kejernihan dalam kekeruhan Tiada2009978-983-44318-0-8

Kembali ke atas