Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mo.go/] | موݢوق

Definisi : 1. tidak bergerak (berjalan dll), ber­henti: motokarnya ~ di tengah jalan raya; 2. tidak mahu bekerja: kalau tidak dipenuhi tuntutan kita ini, kita ~; ~ duduk mogok dgn tidak meninggalkan tempat kerja; ~ kilat mogok yg dilancarkan secara tiba-tiba tanpa memberikan apa-apa amaran sebelumnya; ~ lapar = ~ makan Id mogok dgn tidak mahu makan (sbg bantahan dll); ~ liar mogok yg dianjurkan oleh se­kumpulan ahli kesatuan sekerja, biasanya tanpa kelulusan rasmi pemimpin kesatuan sekerja, dan kadang-kadang tidak mengikut atur cara yg biasa; pemogokan perihal mogok: ~ buruh kereta api; pemogok orang yg mogok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mo.go/] | موݢوق

Definisi : 1 tidak mahu bekerja: Pekerja-pekerja syarikat perikanan itu telah ~. 2 tidak berjalan; berhenti; rosak: Keretanya ~ di tengah jalan. pemogokan perbuatan atau hal mogok. pemogok orang yg mogok. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mogok (kata kerja)
Bersinonim dengan berpiket, memulaukan, membantah, memprotes, menentang, menunjuk perasaan, memberontak, merusuh;,
Kata Terbitan : pemogokan, pemogok,


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Sidang Akhbar Mogok Seni (Tamat)Dewan Bahasa dan PustakaTiada1990 
Kalau shaitan mogokPustaka DianTiada1966 
Pengisytiharaan Penamatan Mogok Seni A.Samad SaidTV3Tiada1990 
Pengisytiharan penamatan mogok seniTV3Tiada  
Diskusi Ertinya Mogok Seni A. Samad Said anjuran GAPENADewan Bahasa dan PustakaTiada  

Kembali ke atas