beganding Kd Tn | upacara tolak bala. | Upacara Beganding ini ialah upacara tolak bala yang selalu diadakan oleh orang-orang Dusun di Kuala Penyu. Tujuan upacara ini adalah untuk memohon perlindungan kepada semangat yang menjaga manusia supaya tidak menimpakan sebarang penyakit kepada orang-orang kampung itu. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tring Ir | buluh atau bambu. | Suku kaum IIlanun ini mengistilah “Tring” sebagai buluh atau bambu dan perkataan tring ini adalah bahasa kaum ini sendiri, jadi Kulintangan Tring ialah kulintangan yang diperbuat dari buluh. | Bakokong dimain untuk hilang penat | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
magintan taduk Kd Kj | upacara memuja semangat padi sebelum mula menuai. | Upacara Magintan taduk ialah upacara pemujaan semangat padi. Ianya dimulakan ketika upacara mula menuai dilangsungkan. Sebelum upacara magintan taduk ini diadakan, maka adalah dipantangkan untuk memulakan tuaian. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
kokolid Kd | suatu alat yang digunakan untuk mencari ton gong yang dikehendaki dalam barisan set gong. | Jika Kokolid anda bertonik gong maka rentak permainan adalah mengikut gong. Dalam mengejar perubahan masa maka bentuk tonik Kokolid yang sesuai ialah solfa. | Alat-alat Muzik Tradisional Sabah Warisan Budaya Kita Bersama | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |