Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.gar] | سݢر

Definisi : 1. nyaman dan sihat (badan), tidak berpenyakit, cergas: perjalanan darah men-jadi bertambah kencang dan seluruh ang-gota akan ~; 2. menimbulkan rasa nyaman (enak, tenteram): angin yg berhembus sepoi-sepoi dr balik bukit itu ~ nyaman; 3. tumbuh dgn suburnya (bkn tumbuh-tumbuhan), tidak layu: tumbuh-tumbuhan hidup ~ di taman ini; 4. rancak, cergas, hidup: gaya peng-ucapan yg ~; ia juga mengharapkan novel Alias Ali yg akan datang akan lebih ~ drpd novel ‘Gersang’ ini; 5. masih baru (sesuatu barang, berlakunya sesuatu peristiwa dll), terlekat pd ingatan: segala apa yg terjadi antara dia dan teman-temannya masih ~ dlm ingatannya; tenaga-tenaga baru yg masih ~; ~-bugar = ~-pugar a) sihat (cergas, subur, pantas) benar: menangis ibunya melihat keadaan puteranya yg dahulunya ~-bugar, kini hanya sbg rangka; b) masih baru benar (sesuatu benda, peristiwa, dll); menyegar menjadi segar (kulit dsb): kulit boleh melembut dan ~ dgn menggunakan krim muka ini; menyegarkan menjadikan segar (sihat), menyebabkan jadi segar: bersenam dan bermain itu ~ otak; angin malam berhembus ~; kesegaran perihal atau keadaan segar (sihat, cergas, dll), kecergasan: ~ badannya dijaga sungguh-sungguh; penyegaran proses menyegarkan sesuatu; penyegar sesuatu yg menyegarkan (menye-babkan menjadi segar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.gar] | سݢر

Definisi : lidi ijuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.gar] | سݢر

Definisi : 1 be­­rasa sedap dan sihat badan; tidak berpenyakit: Selepas berehat se­minggu di Kuantan, aku ~ kembali. 2 hidup dgn suburnya; tidak layu: Pokok bunganya ~-~ belaka. Kalau pergi ke pasar pagi-pagi, dapatlah kita membeli sayur yg masih ~. 3 ki tidak pudar; masih baru: Senyumannya sentiasa ~. Kenangan itu masih ~ dlm ingatanku. ~-bugar (pugar) a. sihat benar. b. masih baru benar. menyegarkan menjadikan segar atau menyebabkan menjadi segar; menyi­hat­kan; menyuburkan: Bersenam dan bermain-main dpt ~ badan. kesegaran keadaan segar (sihat, cergas dsb). pe­nyegaran perihal atau perbuatan me­nyegarkan: Pembersihan dan ~ kulit adalah penting dlm menjaga kecantikan. penyegar se­suatu yg menyegarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segar (adjektif)
1. Dalam konteks badan
bersinonim dengan sihat, cergas, afiat, sejahtera, selesa,
Berantonim dengan lesu

2. Dalam konteks udara
bersinonim dengan nyaman, nikmat, sedap, selesa, seronok, enak, naim,
Berantonim dengan pengap

3. Dalam konteks tumbuh-tumbuhan
bersinonim dengan subur, banyak, biak, umbur, umbul,
Berantonim dengan layu

4. Bersinonim dengan rancak: cergas, hidup, tangkas, giat, lincah, sigap, pantas, cekatan, gancang, cerdas, aktif,
Berantonim dengan lemah

5. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan terlekat, ada, kekal, terngiang-ngiang, terbayang-bayang,
Berantonim dengan lenyap

Kata Terbitan : menyegarkan, kesegaran,

Peribahasa

Ibarat rumput yang sudah kering,
     ditimpa hujan segar kembali.

Bermaksud :

Orang melarat mendapat pertolongan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Parsi(Beta)

B.MelayuB.InggerisB.ParsiSebutan
segarnew , freshتازهtāze

Kembali ke atas