Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.suai] | سسواي

Definisi : 1. padan benar (keadaan, rupa, dll), cocok benar: seluar itu tidak ~ dgn saya kerana terlalu besar; carilah gadis lain yg lebih ~ utk dijadikan isteri kamu; 2. ber­padanan (dgn), berpatutan (dgn): bunyi besi itu ~ dgn bunyi piano; 3. setimbal, seimbang, selaras: hukuman itu telah difikirkan sbg hukuman yg paling ~ utk kampung itu; 4. sepakat, sehati, setuju: ~ benar pendapat mereka; 5. serasi (ubat dll), cocok benar: rumput di negeri ini tidak ~ utk makanan kuda kerana kekurangan zat kalsium; bersesuaian cocok benar dgn, berpadanan, berpatutan: saya rasa tugas ini ~ benar utk kaum wanita; menyesuaikan menjadikan sesuai, menye­laraskan, memadankan: bukanlah mudah ~ diri dgn orang-orang di tempat yg baru; peraturan dan adat istiadat ini akan diubah utk ~nya dgn keadaan dan adat resam di sini; tersesuai (telah) disesuaikan, menjadi sesuai: nyatakan dua cara bagaimana katak itu ~utk hidup di dlm air; kesesuaian perihal (keadaan dsb) sesuai, keselarasan, kesamaan; ketidaksesuaian perihal (keadaan dsb) tidak sesuai: masalah spt kekurangan bahan bacaan dan ~ bahan bacaan merupakan masalah yg dihadapi oleh negara ini; berkesesuaian cocok (padan, layak) benar, sesuai; persesuaian perihal bersesuaian (cocok, sama, dll), persamaan, persetujuan: lelaki itu menarik hatinya kerana ada rasa simpati dan ~ faham; penyesuaian perihal (perbuatan, proses, dsb) menyesuaikan, perbuatan menjadikan sesuatu dsb sesuai (dgn sesuatu yg lain): bahasa Melayu maju dgn pesat sekali se­hingga ~ diri dgn kemajuan itu perlu di­lakukan; penyesuai alat dll yg menyesuaikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.suai] | سسواي

Definisi : 1 padan benar atau cocok benar keadaannya; sepadan; seimbang: Kakinya melecet kerana memakai kasut yg tidak ~. Gajinya tidak ~ dgn kerjanya. 2 muafakat; setuju: Pendapat mereka ~ dgn pendapat saya. 3 baik atau cocok benar; serasi benar: Utk penyakit kurap, ubat inilah yg ~. bersesuaian mempunyai hal-hal yg sesuai antara satu dgn yg lain; berpatutan; berpadanan. menyesuaikan menjadikan sesuai: Bukannya mudah hendak ~ diri dgn adat resam orang-orang di sana. kesesuaian keadaan atau hal sesuai. persesuaian perihal bersesuaian: Me­reka telah berpisah kerana tidak ada ~ lagi. penyesuaian perbuatan atau hal menyesuaikan. penyesuai alat dll utk menyesuaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sesuai (adjektif)
1. Bersinonim dengan padan: cocok, serasi, layak, patut, tanjak, labut, kena, pantas, betah,
Berantonim dengan janggal

2. Bersinonim dengan setimbal: seimbang, setimpal, selaras, sewajar,

3. Bersinonim dengan sepakat: sehati, setuju, seresam, sebati, seragam,

4. Rujuk mujarab

Kata Terbitan : bersesuaian, menyesuaikan, kesesuaian, persesuaian, penyesuaian,

Peribahasa

Bagai cembul dapat tutupnya.

Bermaksud :

Sesuai benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai dulang dengan tudung saji, b. Cembul dengan tutupnya, c. Seperti telap dengan tudungnya).

 

Lihat selanjutnya...(23)


Kamus Parsi(Beta)

B.MelayuB.InggerisB.ParsiSebutan
sesuaifit , capableلايق،شايستهlāyegh , shāyeste
tidak cekap , tidak sesuaiunfitناشايستnāshāyest

Kembali ke atas