Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hé.lah] | حيله

Definisi : (hélah) 1. akal, muslihat, tipu daya: ini satu ~ utk memerangkap dia; tipu ~ tipu daya; 2. alasan yg dibuat-buat, dalih: gadis itu selalu mendalihkan lamaran orang yg bukan sesaingnya dgn berbagai-bagai ~; berhelah 1. menggunakan helah (tipu daya); 2. berdalih; menghelah memperdaya, mengakali, menipu; menghelahkan 1. mendalihkan: baha­wa­sa­­nya Tuhan itu sangat mengetahui lahir dan batinnya tidak dapat dihelahkan; 2. sl memperoleh sesuatu dgn helah: kerana hendak ~ wang orang, ia sanggup mengor­bankan nama baiknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hé.lah] | حيله

Definisi : /hélah/ 1 perbuatan atau kata-kata dusta utk menipu seseorang; muslihat; tipu daya: Berbagai-bagai ~ dijalankan utk menangkap pencuri itu. 2 alasan yg dibuat-buat utk menyembunyikan se­suatu atau utk melepaskan diri; dalih: Kalau seseorang hendak membuat sesuatu, dia akan berikhtiar sungguh-sungguh tetapi kalau dia tidak mahu, ada bermacam-macam ~ atau dalih. berhelah 1 menggunakan helah (tipu daya). 2 berdalih. menghelah menipu; memperdaya; mengakali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
helah (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebab: dalih, alasan,

2. Bersinonim dengan akal: muslihat, tipu daya,

Kata Terbitan : berhelah, menghelah,


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
buat akai[bu.wAt A.kAj] mencari helah untuk tidak melakukan sesuatu.Bila ujan dia mola buat akai tak mau pi sekolah.[bi.lA. u.dZAn di.jA m.lA bu.wAt A.kAj tA mAw pi s«.ko.lAh]Apabila hujan, dia mula buat helah tidak mahu pergi sekolah.

Kembali ke atas