Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.rah] | ماره

Definisi : berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka: ayah dan ibunya ~ kepadanya; per-kataan yg akhir itu ditekannya mengeluarkan suara ~ sedikit; ~ku kpd orang-orang Jepun yg mengebom padang kapal terbang Sungai Petani belum lagi hilang; kena ~ diberangi (digusari); naik (bangkit, timbul) ~ menjadi marah; kemarah-marahan sangat marah; memarahi marah kpd, memberangi, meng­gusari: dia sendiri terasa salah kerana ~ adik-nya; budak-budak yg bergayut itu telah dima-rahi oleh konduktor bas tersebut; memarahkan 1. (naik) marah kerana sesuatu: dia cuba hendak mengambil buku lain, tetapi Kintan segera ~nya; 2. menyebabkan jadi (naik) marah: perbuatan Wak Salleh menge-mis setiap minggu itu ~nya benar; marahan Jk enggan (tidak mahu) bercampur dgn orang lain kerana marah; kemarahan perihal marah, keberangan, ke­gusaran: perkara ini mungkin menimbulkan ~ orang kampung; pd saat itu, hilang ~, lemah segala sendi anggota; pemarah 1. orang yg cepat atau lekas marah: apakah suaminya ~ dan pencemburu? 2. ber­sifat atau lekas marah; amarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.rah] | ماره

Definisi : (Padang) gelaran utk anak sutan dgn perempuan biasa atau anak puteri dgn laki­laki biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.rah] | ماره

Definisi : 1 = kemarahan perasaan panas hati atau perasaan tidak senang hati kerana dihina (dikeji, diperlakukan kurang baik dll); perasaan yg menyebabkan seseorang mahu berkelahi: ~nya kpd pemuda yg kurang ajar itu masih belum hilang lagi. 2 (berasa) panas hati kerana dipermain-mainkan dll; (berasa) berang: Ia ~ sekali mendengar jawapan orang itu. memarahi melarang atau menegur seseorang dgn menuturkan kata-kata yg kasar; memberangi: Dia ~ adiknya kerana memecahkan botol dakwatnya. memarahkan menimbulkan marah; menyebabkan menjadi marah: Ucapannya itu telah ~ kaum keluarganya. kemarahan perasaan marah; kegusaran. pemarah orang yg cepat atau lekas marah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Keledek merah pucuk meranti,
     Masak lemak tengah hari;
Sanak marah saudara benci,
     Biarlah hamba membawa diri.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Terkena pada ikan bersorak,
     terkena pada batang,
masam.

Bermaksud :

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).

 

Lihat selanjutnya...(33)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   3. terlalu marah.Bedesiu aku bila dengaq Minah pangge laki aku `abang'.[b«.d«.si.ju A.ku bi.lA d«.NA)Ö mi.nAh pAN.gE lA.ki A.ku A.bAN]Saya terlalu marah apabila mendengar Minah memanggil suami saya 'abang'.
   3. marah bila mendengar sesuatu.Bedegung sunggoh aku bila dengar dia buat-buat cerita.[b«.d«.NuN suN.goh A.ku bi.lA d«.NA)Ö di.jA bu.wAt.bu.wAt tS«.Òi.tA]Saya tersangat marah apabila mendengar dia mereka-reka cerita.
beng[b«N]kata adjektif1. marah atau bengang.Aku beng betoi pasai kena buat reja banyak.[A.ku b«N b«.toj pA.sAj k«.nA bu.wAt Ò«.dZA bA.øA]Saya sungguh marah sebab perlu buat banyak kerja.
ketoq[k«.to)Ö]kata namabekas untuk meludah.Misi marah kat orang saket pasai tak guna ketoq.[mi.si mA.ÒAh kAt .ÒAN sA.ket pA.sAj tA/ gu.nA k«.to)Ö]Jururawat marah pada pesakit kerana tidak guna bekas meludah.
jege[dZ«.gE]kata kerjamembeliakkan mata.Dia jege saja aku tau dia marah.[di.jA dZ«.gE sA.dZA A.ku tAw di.jA mA.ÒAh]Dia membeliakkan mata sahaja saya tahu dia marah.
kucai[ku.tSAj]kata kerja1. mengganggu seseorang atau haiwan.Tok sah dok kucai dia, sat gi dia marah.[to/ sAh do/ ku.tSAj di.jA sAt gi di.jA mA.ÒAh]Jangan ganggu dia nanti dia marah.
merengkam[m«.Ò«N.kAm]kata adjektifberkenaan dengan seseorang yang menyimpan perasaan marah atau memendam rasaDia dok merekam tak habeh-habeh kat Pak Pen pasai dapat gaji melintang.[di.jA do/ m«.Ò«.kAm tA/ hA.bEh.hA.bEh kAt pA/ pen pA.sAj dA.pAt gA.dZi m«.lin.tAN]Dia marah tidak sudah-sudah pada Pak Arifin sebab mendapat pergerakkan gaji melintang.
ruyup[Òu.jup]kata adjektifmenghilangkan diriLepaih kena marah dia ruyup teruih.[l«.pAC k«.nA mA.ÒAh di.jA Òu.jup t«.ÒuC]Selepas dimarahi dia terus menghilangkan diri.
merenjaih[m«.Ò«n.dZAC]kata kerjamenghentakkan kaki atau tangan atau kedua-duanya kerana marahDalam cerita Batu Belah Batu Betangkop, Pekan merenjaih nak teloq ikan temakoi.[dA.lAm tS«.Òi.tA bA.tu b«.lAh bA.tu b«.tAN.kop p«.kAn m«.Ò«n.dZAC nA/ t«.lo)Ö i.kAn t«.mA.koj]Dalam cerita Batu Belah Batu Bertangkup, Pekan menghentakkan kaki dan tangan kerana hendak telur ikan temakul.
merah bejahang[mE.ÒAh b«.dZA.hAN] tersangat merahMuka dia merah bejahang pasai marah kat anak dia.[mu.kA di.jA mE.ÒAh b«.dZA.hAN pA.sAj mA.ÒAh kAt A.nA/ di.jA]Mukanya tersangat merah sebab marahkan anaknya.
12

Kembali ke atas