Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sén.déng] | سينديڠ

Definisi : (séndéng) 1. tidak tegak letaknya, senget, miring, tidak seimbang (bahu), rendah sebelah; 2. (Mat) sempadan (pd sesebuah segi tiga tepat) yg letaknya bertentangan dgn sudut tepat; 3. bp agak kurang siuman, kurang ingatannya; ~-mendeng terhuyung-huyung (spt hendak jatuh); bersendeng bersandar: dia tidak duduk terus melainkan ~ pd tempat pegangannya sahaja; bersendengan agak miring (condong, senget) letaknya: kalau angin kencang, layar perahu ~; menyendeng senget atau condong letaknya, miring: seseorang penunggang motosikal ~ arah ke dalam apabila menempuh selekoh; menyendengkan meletakkan condong (senget, miring) sedikit, menyengetkan (letak sesuatu); tersendeng-sendeng terhuyung-hayang (spt hendak jatuh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.déng] | سينديڠ

Definisi : (séndeng) IB 1. usaha mubaligh agama Kristian (Protestan); 2. mubaligh agama Kristian (Protestan); rumah sakit (sekolah dll) ~ rumah sakit (sekolah dll) yg diseleng-garakan oleh mubaligh agama Kristian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sén.déng] | سينديڠ

Definisi : /séndéng/ 1 tidak tegak letak­nya; condong; senget. 2 ki tidak berapa siuman; agak gila. menyendengkan meletakkan sesuatu condong atau miring sedikit; menyengetkan letak sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Tersenget-senget bagai katung di bawah reba.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang). katung = sebangsa penyu; reba = ranting daripada dahan kering yang bertompok-tompok bekas ditebas.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. binaan tambahan di bahagian sisi rumah yang berbumbung sendeng dan lebih rendah daripada bumbung asalBila nak kenuri-kenara orang buat semurop untok masak.[bi.lA nA/ k«.nu.Òi.k«.nA.ÒA .ÒAN bu.wAt s«.mu.Òop un.to/ mA.sA/]Apabila kenduri-kendara orang buat semurop untuk memasak.
semurop[s«.mu.Òop]kata nama1. binaan yang berbumbung sendeng yang penggunaan bersifat sementara. Biasanya binaan ini dibuat untuk menjual buah-buahan yang bermusim.Orang buat semurop kat dusun nak himpon derian.[.ÒAN bu.wAt s«.mu.Òop kAt du.sun nA/ him.pon d«.Òi.jAn]Orang membuat semurop di dusun untuk menghimpun durian.

Kembali ke atas