kilowatt-jam | kilowatt-hour | Unit tenaga dalam bidang elektrik. 1 kilowatt-jam ialah tenaga atau kerja yang dilakukan apabila kuasa 1 kilowatt dikendalikan dalam masa 1 jam. | Menengah Atas |
pH | pH | Ukuran keasidan atau kealkalian sesuatu larutan. Nilai 7 menunjukkan neutral, nilai kurang daripada 7 ialah asid dan lebih daripada 7 ialah alkali. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kemolaran | molarity | Bilangan mol zat larutan yang terdapat dalam 1 liter larutan. Contohnya, kemolaran larutan akueus natrium klorida ialah bilangan mol natrium klorida yang larut dalam 1 liter air. | Menengah Atas |
Matahari | Sun | Bintang yang berbentuk sfera besar yang mengandungi gas-gas terutamanya hidrogen dan helium. Matahari mempunyai garis pusat 1.39 × 106 kilometer dan dikelilingi oleh semua planet dalam sistem suria. Jarak minimum Matahari dari Bumi ialah kira-kira 1.49 × 108 kilometer. | Menengah Rendah |
komponen | component | 1. Bahagian yang melengkapi atau yang mencukupkan sesuatu. Contohnya, komponen komputer terdiri daripada papan kekunci, skrin dan unit pemprosesan pusat. 2. Bahan atau zat yang membentuk sesuatu. Contohnya, nitrogen ialah komponen penting bagi protein | Sekolah Rendah |
segi empat tepat | rectangle | Bentuk segi empat yang keempat-empat sudutnya ialah sudut tepat, 90°. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
bintang raksasa | giant star | Bintang yang mempunyai saiz yang besar berbanding saiz biasa. Contohnya, saiz garis pusat bintang raksasa ialah kira-kira sepuluh kali atau lebih daripada saiz garis pusat matahari yang dianggarkan 1.4 juta km. | Menengah Rendah |
larva | larva | Satu daripada fasa dalam kitar hidup serangga atau amfibia. Pada peringkat ini, larva mempunyai sifat yang berbeza daripada sifat organisma dewasa, terutama dari segi bentuk badan. Larva tidak mempunyai mata majmuk tetapi mempunyai mata ringkas. Contohnya, berudu ialah larva bagi katak dan beluncas ialah larva bagi rama-rama. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
elektroskop | electroscope | Alat untuk mengesan kehadiran cas elektrik dan mengenal pasti jenis cas. Contoh elektroskop ialah kerajang emas. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
segi empat sama | square | Bentuk segi empat yang setiap sisinya sama panjang dan setiap sudutnya ialah sudut tepat.1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |