kerosakan makanan | food spoilage | Perubahan pada warna, rasa, bau dan tekstur makanan disebabkan oleh mikroorganisma. | Sekolah Rendah |
kerosakan gigi | tooth decay | Kerosakan pada gigi yang memusnahkan permukaan luar dan dalam enamel gigi. Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
kerosakan makanan | food spoilage | Proses pereputan bahan makanan apabila diuraikan kepada bentuk yang lebih ringkas, mengakibatkan bahan makanan berubah warna, bau dan rasa. Kerosakan makanan disebabkan oleh tindakan bakteria dan kulat. | Menengah Rendah |
kakisan | corrosion | Perihal kerosakan pada bahan atau tisu secara perlahan-lahan disebabkan oleh aktiviti tindakan kimia keadaan sekeliling. | Sekolah Rendah |
bencana alam | natural disaster | Bencana yang berlaku secara semula jadi, dan menyebabkan kerosakan yang teruk terhadap alam. Contohnya, tsunami, banjir dan gempa bumi. | Sekolah Rendah |
leukemia | leukaemia | Sejenis penyakit kanser darah yang disebabkan peningkatan jumlah sel darah putih yang tidak normal. Penyakit ini boleh menyebabkan kerosakan pada darah, sumsum tulang dan limfa. | Menengah Rendah |
kulit | skin | Lapisan luar yang menutupi dan melindungi badan manusia, sesetengah haiwan, tumbuhan, buah atau biji benih daripada kecederaan dan kerosakan. | Menengah Rendah |
litar pintas | short circuit | Sambungan rintangan rendah yang melintasi sumber voltan. Litar ini menghasilkan aliran arus yang berlebihan yang boleh menyebabkan kerosakan. | Menengah Rendah |