Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,

Puisi
 

Berburu tidak mengejar pun tidak,
     Hendak masuk ke dalam hutan;
Berguru tidak belajar pun tidak,
     Sesat tak tahu cara Islam.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Terlepas dari mulut buaya,
     masuk ke mulut harimau.

Bermaksud :

Terhindar daripada suatu kemalangan, masuk ke dalam kemalangan yang lebih besar lagi; lepas daripada suatu ketakutan, datang ketakutan yang lain pula.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
serapabsorbMenyerap masuk ke dalam liang-liang kecil.Sekolah Rendah
penyerapanabsorptionProses sesuatu bahan masuk ke dalam struktur bahan yang lain. Contohnya, penyerapan wap air oleh kalsium klorida kontang.Menengah Rendah
udara sedutaninhaled airUdara yang masuk ke dalam paru-paru melalui saluran pernafasan.Menengah Atas
udara sedutaninhaled airUdara yang dihela masuk ke dalam paru-paru semasa pernafasan.Menengah Rendah
trakeatracheaSaluran berbentuk paip yang membawa udara masuk ke dalam paru-paru. Saluran ini diperkuat oleh tulang rawan yang berbentuk ā€˜Cā€™. Trakea bercabang menjadi dua bronkus.Menengah Rendah
monositmonocytesSel darah putih yang mempunyai satu nukleus yang besar dan berbentuk seperti ginjal. Monosit bersifat fagosit yang dapat memusnahkan bakteria dan benda asing yang masuk ke dalam sistem peredaran darah.Menengah Atas
meresapseepMasuk dan hilang ke dalam liang atau lubang.Sekolah Rendah

Kembali ke atas