vektor | vector | 1. Haiwan yang membawa patogen dan secara tidak langsung menyebarkan penyakit tersebut. Contohnya, nyamuk Anopheles betina merupakan vektor bagi plasmodium yang menyebabkan demam malaria. 2. Kuantiti fizik yang mempunyai arah dan juga magnitud. | Menengah Atas |
pelvis | pelvis | 1. Bahagian paling bawah abdomen vertebrat di kawasan lengkungan pelvis. Pelvis juga merupakan rongga bertulang yang terletak di bahagian bawah tulang belakang dan tulang paha bersambung dengannya.2. Bahagian ureter yang melebar, iaitu bahagian tempat pertemuan ureter dengan ginjal. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
bronkus | bronchus | Salur udara yang besar, yang merupakan cabang dari trakea. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
logam alkali | alkaline metal | Unsur logam yang tergolong dalam kumpulan 1 jadual berkala. Kumpulan ini terdiri daripada barilium, magnesium, kalium, natrium, litium, rubidium, sesium, dan fransium. Logam alkali bersifat lembut, berwarna putih-perak, merupakan logam elektropositif, bertindak cergas dengan air dan sangat reaktif. | Menengah Atas |
intan | diamond | Bahan karbon berbentuk hablur dan merupakan bahan yang paling keras. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
spora | spore | Biji-biji kecil yang merupakan sel bagi tumbuh-tumbuhan tidak berbunga seperti paku pakis. Spora terletak di bawah daun. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
larva | larva | Anak serangga yang masih dalam bentuk ulat. Larva merupakan peringkat kedua dalam kitaran hidup serangga yang aktif. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
jisim | mass | Jumlah jirim dalam jasad, tanpa bentuk yang tertentu. Jisim merupakan jumlah isi padu sesuatu benda. Contohnya, jisim buku ialah 100 gram. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Sekolah Rendah |
xilem | xylem | Tisu tumbuhan yang mengangkut air dan garam mineral dari akar ke bahagian lain tumbuhan, dan merupakan tisu penyokong utama dalam tumbuhan. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |
medula | medulla | Bahagian tengah sesuatu organ atau tisu seperti pada ginjal dan sumsum tulang. Pada tumbuhan, medula merupakan bahagian tengah atau empulur batang. 1,resizable=0'); return false;" >Lihat Rajah | Menengah Rendah |