Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.nye.ju.kan]/[pe.nye.ju/.kan] | ڤڽجوقن

Definisi : perihal menyejukkan; ~ hawa perihal menyamankan hawa (udara dlm bilik, kereta, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.nye.ju.kan]/[pe.nye.ju/.kan] | ڤڽجوقن

Definisi : perbuatan atau hal menyejukkan; perbuatan menjadikan sejuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sejuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan dingin: adem
Berantonim dengan panas

2. Bersinonim dengan nyaman: segar, seronok, selesa, nikmat, enak, indah, sihat, naim,
Berantonim dengan pengap

3. Bersinonim dengan tenang: sejahtera, aman, makmur, senang, tenteram, lega, berbahagia, sentosa, damai, karar, rukun, sakinat, jernih, selesa,
Berantonim dengan huru-hara

Kata Terbitan : bersejuk, menyejukkan, kesejukan, penyejukan, pendingin,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pempasteuranpasteurizationProses mengawet bahan makanan dengan cara memanaskannya dalam suhu yang tertentu bagi membunuh hampir keseluruhan bakteria dan diikuti oleh penyejukan dalam suhu yang tertentu. Contohnya, yogurt dan susu. Lihat RajahSekolah Rendah
ammoniaammoniaGas yang tidak berwarna, berbau sengit dan larut dalam air untuk menghasilkan larutan beralkali ammonium hidroksida. Ammonia digunakan dalam sistem penyejukan, bahan letupan dan baja kimia. Formula NH3.Menengah Rendah
ammoniaammoniaGas yang tidak berwarna, berbau sengit dan larut dalam air untuk menghasilkan larutan beralkali yang mengandungi ammonium hidroksida. Ammonia digunakan dalam sistem penyejukan, penyediaan bahan letupan, dan untuk membuat baja kimia. Formulanya, NH3.Menengah Atas
pempasteuranpasteurizationProses mengawet bahan makanan dengan cara memanaskan bahan pada suhu 65°C selama 30 minit atau 72°C selama 15 saat dan diikuti dengan penyejukan segera pada 10°C atau kurang.Menengah Atas

Kembali ke atas