Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.re.pu.tan] | ڤرڤوتن

Definisi : perihal (proses dsb) menjadi reput: karbon dioksida terjadi oleh ~ tumbuh-tumbuhan yg mati dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.re.pu.tan] | ڤرڤوتن

Definisi : perihal (proses dll) mereput atau mereputkan: Tanaman tutup bumi mencegah berlakunya ~ bahan organik dgn cepat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
reput (adjektif)
Bersinonim dengan luluh, lusuh, buruk, busuk, lapuk, berkarat, lunyai, mumuk, bercendawan;,
Kata Terbitan : kereputan, pereputan,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
pereputandecompositionProses penguraian bahan organik oleh organisma pengurai. Contohnya, bakteria dan protozoa.Menengah Atas
pereputandecompositionProses pemusnahan sesuatu organisma sehingga hancur secara semula jadi. Contohnya, sisa tumbuhan mengalami pereputan sehingga menjadi baja kompos.Sekolah Rendah
proses pereputandecaying processPenguraian bahan kompleks menjadi lebih ringkas, akibat tindakan bakteria atau kimia.Menengah Atas
keradioaktifanradioactivityProses pereputan spontan nukleus yang tidak stabil menjadi nukleus yang lebih stabil dengan memancarkan sinaran radioaktif.Menengah Atas
kerosakan makananfood spoilageProses pereputan bahan makanan apabila diuraikan kepada bentuk yang lebih ringkas, mengakibatkan bahan makanan berubah warna, bau dan rasa. Kerosakan makanan disebabkan oleh tindakan bakteria dan kulat.Menengah Rendah
arang batucoalBahan api yang terbentuk secara semula jadi daripada proses pereputan tumbuhan akibat tindakan bakteria, diikuti dengan proses kimia yang berlaku di bawah pengaruh suhu dan tekanan yang tinggi, dan dalam tempoh masa yang lama.Menengah Rendah
arang batucoalBahan api yang terbentuk secara semula jadi daripada proses pereputan tumbuhan dan berlaku di bawah pengaruh suhu dalam tempoh masa yang lama. Lihat RajahSekolah Rendah
karbon dioksidacarbon dioxideGas yang terdapat dalam atmosfera, tidak berwarna dan tidak mempunyai bau. Gas ini terhasil semasa proses respirasi, pereputan dan pembakaran sebatian organik. Karbon dioksida digunakan dalam alat pemadam api, minuman bergas, aerosol dan sebagai bahan penyejukbekuan.Menengah Rendah

Kembali ke atas