berjumpa | 1 bertemu secara kebetulan atau dgn tiba-tiba: Saya ~ dgn kawan lama saya di pasar lambak. 2 bertemu utk sesuatu tujuan: Saya ingin ~ dgn Guru Besar tetapi dia jarang ada di pejabat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jumpa | ; berjumpa 1 bertemu secara kebetulan atau dgn tiba-tiba: Saya ~ dgn kawan lama saya di pasar lambak. 2 bertemu utk sesuatu tujuan: Saya ingin ~ dgn Guru Besar tetapi dia jarang ada di pejabat. menjumpai mendapati; menemui: Mereka ~ beberapa mayat di bawah timbunan runtuhan itu. memperjumpakan menyebabkan dpt berjumpa; mempertemukan: Dia berjanji akan ~ saya dgn pengurus perusahaan itu. terjumpa menjumpai dgn tidak sengaja atau dgn tiba-tiba; terdapat: Dia ~ duit sebanyak RM50/- di tepi sungai itu. jumpaan benda yg dijumpai: Berbagai-bagai ~ terdapat di bangunan lama itu. perjumpaan hal atau perbuatan berjumpa; pertemuan: ~ itu telah diadakan di Balai Budaya. penjumpaan perihal atau perbuatan menjumpai; penemuan: ~ emas di California telah menarik para pelombong ke sana. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jumpa | berjumpa 1. bertemu secara kebetulan atau dgn tiba-tiba:Saya ~ dgn kawan lama saya di pasar lambak. 2. bertemu utk sesuatu tujuan: Saya ingin ~ dgn Guru Besar tetapi dia jarang ada di pejabat. menjumpai mendapati; menemui: Mereka ~ beberapa mayat di bawah timbunan runtuhan itu. memperjumpakan menyebabkan dpt berjumpa; mempertemukan:Dia berjanji akan ~ saya dgn pengurus perusahaan itu. terjumpa menjumpai dgn tidak sengaja atau dgn tiba-tiba; terdapat: Dia ~ duit sebanyak RM50/- di tepi sungai itu. jumpaan benda yg dijumpai: Berbagai-bagai ~ terdapat di bangunan lama itu. perjumpaan hal atau perbuatan berjumpa; pertemuan: ~ itu telah diadakan di Balai Budaya. penjumpaan perihal atau perbuatan menjumpai; penemuan: ~ emas di California telah menarik para pelombong ke sana. | Kamus Pelajar |
tersisih | (sudah) diasingkan atau dipisahkan, terasing, terpisah: dia berasa dirinya ~ dr kawan-kawan yg telah lama bekerja di sana; hidupnya ~ dr kaum keluarga; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lama I | 1. panjang masanya (membuat sesuatu dll), lwn sekejap: anak raja itu telah ~ benar tiada balik-balik; tentu Sutan takkan ~ tinggal di rumah; memakan masa yg ~; 2. telah wujud (ada, terlibat, dsb) dlm jangka masa yg agak panjang: sebuah rumah ~ di kampung itu; pakaian ~; kawan ~; alasan-alasan ~; ahli-ahli ~; 3. tidak moden lagi, ketinggalan zaman: fesyen ~; 4. wujud pd zaman sebelum ini atau zaman dahulu, kuno, tua: kesusasteraan Melayu ~; masyarakat Melayu ~; 5. wujud sejak dahulu lagi: kuih-kuih Melayu ~; barang-barang ~; sikap ~; 6. yg digunakan dsb sebelum mendapat yg baru: dia menjual rumah ~nya utk membeli sebuah rumah baru; motosikalnya yg ~ diberikannya kpd adiknya; 7. berlaku pd masa yg sudah-sudah: membangkit-bangkitkan perkara ~; ingatan ~ mengusik jiwanya; selama 1. sepanjang masa yg tertentu: saya telah tidak bekerja ~ empat puluh hari; 2. selagi, sepanjang waktu, dlm masa (yg tertentu): ~ ia berkahwin dgn aku; ~ ini dlm masa-masa ini; selamanya utk jangka masa yg lama dan berterusan: manusia tidak ~ muda; selama-lamanya 1. yg sangat lama, paling lama: ~ dua tahun dia merantau kemudian pulanglah dia; 2. tidak berkesudahan, kekal: ia berikrar tinggal di Singapura ~; lama-lama 1. dgn lama: direnunginya muka gadis itu ~; 2. akhirnya, kesudahannya: sedikit-sedikit ~ menjadi bukit; 3. makin lama makin bertambah; berlama terus berada lama: engkau yg datang berlindung di sini tidak pernah ~; berlama-lama, berlamaan, berlama-lamaan 1. lama (berbuat sesuatu dll), lambat, tidak cepat: di sana memang banyak hiburan, tetapi hatiku kurang tertarik utk ~; 2. lama-kelamaan, lambat-laun; melamakan (sengaja) membuat lama-lama, memanjangkan masa; kelamaan 1. sl masa (yg tertentu), lama: hatta berapa ~nya, Seri Nara Diraja pun kembali ke rahmatullah; 2. ark terlalu lama; 3. akhir-akhirnya; lama-kelamaan lambat-laun, akhir-akhirnya: ~ berlakulah perubahan secara beransur-ansur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sisih | ; bersisih berpisah, berasing; ~ antah dgn beras prb berasingan orang kaya dr orang miskin; menyisih 1. beralih ke samping atau ke tepi (utk memberi jalan lalu dll), menepi, menyamping: dia ~ ke tepi memberi jalan kpd ibunya mendapatkan adiknya; 2. mengasingkan atau menjauhkan (diri) dr, menghindar, menyendiri: selesai sahaja majlis khatam, Bidin ~ hampir ke tangga; 3. = menyisihkan mengasingkan, memisahkan, menceraikan, memencilkan; disisih bagai antah prb a) diasingkan dr yg lain kerana tidak disukai; b) tidak boleh ikut campur kerana miskin; menyisihkan 1. mengasingkan (diri dll), memencilkan, menjauhkan: perasaannya yg berkecamuk itu hanya dapat ditenangkan jika ia ~ diri ke tempat yg sunyi; 2. memisahkan, mengetepikan: pentingnya bahasa sbg alat dlm sastera memang tidak dapat disisihkan kerana kalau tidak ada bahasa, sastera juga tidak ada; 3. Id menyebabkan lawannya tidak dapat memasuki pertandingan selanjutnya kerana sudah kalah (dlm permainan dll), menyingkirkan (lawan); tersisih (sudah) diasingkan atau dipisahkan, terasing, terpisah: dia berasa dirinya ~ dr kawan-kawan yg telah lama bekerja di sana; hidupnya ~ dr kaum keluarga; sisihan (Mat) perbezaan antara nilai keputusan sesuatu uji kaji dengan nilai keputusan min beberapa uji kaji; penyisihan perbuatan menyisihkan: ~ diri dan perasaan kecewa terhadap penderitaan manusia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simbah I | ; bersimbah 1. basah (kerana disirami air, peluh, dll), kuyup: mukanya kian lama semakin pucat penuh ~ peluh dingin; 2. berlumuran (darah); menyimbah 1. menyiram (dgn air dll hingga basah), memerciki, menyimbur: kadangkadang disimbahnya air ke perahu kawan yg berselisih; sanggupkah kau melihat darah merah ~ bumi? 2. keluar dgn banyaknya (peluh): keringat dinginnya juga telah ~ di dahinya; simbahan curahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teriak | 1. teriakan; 2. Kd, Kl tangis; berteriak 1. berseru (memanggil dll) dgn suara yg keras dan nyaring, melaung, memekik: maka ~lah kawan bertanya, ‘Perahu dr mana ini?’; 2. Kd, Kl bp menangis; meneriak memanggil (menyeru, melaung) dgn suara yg keras dan nyaring: tiada berapa lama sampailah ia ke rumahnya, lalu Pak Pandir ~ Mak Andeh; meneriaki ark memanggil dgn berteriak; meneriakkan 1. menyerukan sesuatu dgn suara yg keras dan nyaring, melaungkan, memekikkan: budak-budak berlarian ke kampung dan ke rumah ~ Nor sudah bebas; 2. menyerukan atau menawarkan (dgn berteriak): kedengaran suara penjaja itu ~ barang-barang dagangannya; 3. = meneriak-neriakkan menggembar-gemburkan (sesuatu fahaman dll), melaung-laungkan, mempropa-gandakan: semboyan yg diteriakkan dan ditulis oleh kaum Nazir terdapat di mana-mana; teriakan seruan dgn suara yg keras dan nyaring (utk memanggil, menarik perhatian, dll), jeritan, laungan, pekikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bisik | bisik-bisik desas-desus: ada ~ mengatakan dia akan berkahwin tidak lama lagi; berbisik, berbisik-bisik 1. bercakap dgn suara yg perlahan (kpd seseorang atau sesuatu kumpulan supaya tidak didengar orang lain di sekitarnya): dia memanggil dgn suara yg sangat perlahan, spt orang ~ bunyinya; 2. = bisik-bisik secara diam-diam (sehingga tidak didengar atau diketahui orang): mereka berbincang dgn cara bisik-bisik; 3. ki berhembus dgn bunyi yg perlahan (bkn angin): malam yg hening, terdengar angin ~; ~ kedengaran, berimbau kelampauan prb sangat dekat antara orang yg bercakap dgn orang yg mendengar;membisiki bercakap kpd seseorang dgn berbisik, memberitahu sesuatu kpd orang secara diam-diam: segera datang kawan saya ~ saya;membisikkan 1. memberitahukan dgn berbisik, memberitahukan dgn diam-diam: ia membongkok dan ~ sesuatu ke telinga anaknya; 2. mengucapkan sesuatu dgn suara yg perlahan: ~ kalimah syahadat; ~ doa; 3. mengilhamkan (dlm hati); bisikan 1. sesuatu yg dibisikkan; 2. perihal membisiki atau membisikkan; ~ hati kata hati; ~ gajah Kl bisikan yg dapat didengar orang lain; 3. ilham;pembisik 1. orang yg berbisik; 2. Id orang yg mengatakan apa yg harus diucapkan oleh pemain dlm sandiwara; 3. orang yg membacakan skrip (drama, teater, filem dsb) dgn perlahan kpd pelakon yg terlupa akan dialog semasa pementasan, penggambaran dsb diadakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
layan | melayan 1. menyempurnakan kehendak atau keperluan orang lain (spt pelanggan, tetamu dll): Tauke kedai itu sedang ~ pelanggannya. 2. mengendahkan atau mempedulikan orang lain (spt suami, kawan dll):Dia tidak pernah ~ tohmah drpd masyarakat kampungnya. 3. mengikut kehendak hati (perasaan dll):Lama dia bermenung ~ perasaannya. melayani melayan berkali-kali atau melayan beberapa banyak orang. layanan kata-kata atau perbuatan utk melayan: Kami telah menerima ~ yg baik drpd mereka. pelayan orang yg kerjanya melayan. | Kamus Pelajar |