| kata status saluran(channel status word) | Kata dalam daftar status yang memegang maklumat status atau keadaan saluran penghantaran. | Kamus Komputer |
| kata status sedia(ready status word) | Kata yang memberitahu terminal komputer bahawa sistem yang dipanggil telah bersedia untuk melayani panggilan terminal. | Kamus Komputer |
| bait status saluran(channel status byte) | Bait yang memegang maklumat tentang taraf atau keadaan saluran penghantaran. | Kamus Komputer |
| DSW | Singkatan bagi device status word, iaitu kata status peranti. | Kamus Komputer |
| CSW | Singkatan bagi channel status word. Lihat kata status saluran. | Kamus Komputer |
| status | taraf atau kedudukan (negara, orang, dll): guru-guru mestilah mengenal pasti matlamat kurikulum tidak formal yg boleh memberi kesan kpd ~ dan pencapaian pelajar; berstatus mempunyai atau ada status: pengunjung pusat spa terdiri drpd golongan ~ tinggi yg ingin mendapatkan kesegaran mental dan fizikal; berstatuskan mempunyai sesuatu sbg status: bangunan itu dibina di atas tanah yg masih ~ tanah pertanian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| status quo | (Latin) keadaan sebagaimana yg sedia ada tanpa dibuat sebarang perubahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lambang status | harta benda dsb yg dianggap sbg tanda yg menunjukkan kekayaan, prestij, kedudukan sosial yg tinggi dsb seseorang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bit taraf(status bit) | Bit yang digunakan dalam pelbagai sistem untuk menyatakan keadaan sampukan. | Kamus Komputer |
| berstatuskan | mempunyai sesuatu sbg status: bangunan itu dibina di atas tanah yg masih ~ tanah pertanian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |