Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.sam] | ماسم

Definisi : 1. rasa spt rasa cuka, asam: kuman-kuman menjadikan susu itu ~; mukanya ber-kerut kerana memakan buah yg ~; 2. tidak jernih (muka) kerana marah dll, bersut, me­rengus, merengut: mukanya ~ setelah di-marahi oleh bapanya; ~ catung sangat masam (bkn muka); ~ kucam masam sungguh; ~ pahit Kd terlalu masam; bagai nikah tak suka prb berdukacita kerana diperlakukan tidak menurut kehendak hatinya; bermasam; ~ muka berkecil hati antara satu sama lain (kerana berkelahi dll), tidak bertegur sapa; memasam menjadi masam: susu ini mulai ~; memasamkan menjadikan masam: dia men-jeling senyum setelah beberapa minit ~ mukanya; kemasaman keadaan masam: cuka mem-punyai kadar ~ sehingga 95%; kemasam-masaman, masam-masaman agak masam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.sam] | ماسم

Definisi : 1 (be)rasa spt rasa cuka, lemon, mempelam muda dsb: Orang yg sedang mengandung kebanyakannya suka memakan buah-buahan yg ~. 2 tidak jernih air mukanya kerana marah dll: Mukanya ~ mendengar jawapanku itu. 3 terdapat asid di dlmnya (bkn tanah): Pokok markisah tidak boleh hidup di tanah yg ~. bermasam; ~ muka tidak bertegur sapa antara satu dgn yg lain (kerana berkelahi dll). memasamkan menjadikan (menyebabkan) masam: Dia ~ mukanya kerana terlalu marah. kemasaman keadaan masam. kemasam-masaman masam sedikit; agak masam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
masam (adjektif)
1. Bersinonim dengan asam: masam kucam
Berantonim dengan manis

2. Dalam konteks air muka
bersinonim dengan bersut, merengus, merengut, masam catung,
Berantonim dengan manis

Kata Terbitan : memasam, memasamkan, kemasaman,

Puisi
 

Celagi manis celagi masam,
     Buah kelapa atas pintu;
Sekali manis sekali masam,
     Zaman sekarang tidak begitu.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Masam bagai nikah tak suka.

Bermaksud :

Berdukacita. masam = merengus, bersut.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
masam meludat[mA.sAm m«.lu.dAt] tersangat masam.Buah kelubi masam meludat.[bu.wAh k«.lu.bi mA.sAm m«.lu.dAt]Buah kelubi tersangat masam.
malan[mA.lAn]kata adjektifberkenaan rasa buah pinang yang masam.Ngape malan aje pinang ni.[NA.p« mA.lAn A.dZ« pi.nAN ni]Mengapa rasa masam sahaja pinang ini.
behe[bE.hE]kata adjektifberkenaan sesuatu yang tawar sama ada manis, masin, masam dan lain-lain.Sapa yang buat kopi ni, behe aje.[sA.pA jAN bu. wAt ko.pi ni bE.hE A.dZ«]Siapa yang buat kopi ini tawar saja.
lanjut[lAn.dZut]kata namasejenis tumbuhan menumpang. Batangnya menjalar dan buahnya berbentuk bujur dan rasanya masam.   
buram[bu.ÄAm]kata kerjamenambah sesuatu (garam, gula, asam) melebihi had rasa (seperti masin, manis, masam) daripada yang sepatutnya.Sape buram gule ni dengan lade, pedaih ngat.[sA.p« bu.ÄAm gu.l« ni d«.NAn lA.d« p«.dAC NAt]Siapa yang menambah gulai ini dengan lada, tersangat pedas.
kince[kin.tSe]kata namapokok yang sederhana besar yang tumbuh di kawasan sawah, berbuah halus dan apabila masak berwarna kemerah-merahan dan masam rasanya.   
buoh panca[bu.wh pAn.tSA] buah hutan seakan-akan buah rambai tetapi bujur dan apabila matang berwarna kekuningan, ia berbuah pada batang dan rasanya masam.   

Kembali ke atas