bonjot | [bon.dZt] | kata adjektif | berkenaan memuncungkan mulut. | Mulut Mok Timah bonjot bile laki die lambat balek. | [mu.lot m/ ti.mAh bon.dZt bi.l« lA.ki di.j« lAm.bAt bA.le/] | Mulut Mak Timah muncung bila suaminya lambat balik. |
sebam | [s«.bAm] | kata adjektif | berkenaan mulut yang penuh dengan makanan sehingga tidak boleh bercakap, mengunyah dan menelan; seboi. | Mulut adek sebam dengan nasi. | [mu.lot A.de/ s«.bAm d«.NAn nA.si] | Mulut adik penuh dengan nasi. |
seboi | [s«.bj] | kata adjektif | berkenaan mulut yang penuh dengan makanan sehingga tidak boleh bercakap, mengunyah dan menelan; sebam. | Tok elok cakap mulot tengah seboi. | [to/ E.lo/ tSA.kAp mu.lot t«.NAh s«.bj] | Kurang sopan bercakap ketika mulut penuh dengan makanan. |
rahang | [ÄA.hAN] | kata adjektif | berkenaan rasa tidak enak dalam mulut selepas makan makanan yang berbau seperti kerdas, jering atau petai; kehe. | Makan sireh nok ilang rasa rahang mulot. | [mA.kAn si.Äeh no/ i.lAN ÄA.sA ÄA.hAN mu.lot] | Makan sirih untung menghilangkan rasa rahang dalam mulut. |
monyeh | [m.øEh] | kata kerja | menyimpan makanan di dalam mulut tanpa dikunyah kerana sakit atau dipaksa makan. | Malaslah suap nasik kat adek, monyeh aje. | [mA.lAs.lAh su.wAp nA.si/ kAt A.de/ m.øEh A.dZ«] | Malaslah hendak menyuapkan nasi kepada adik kerana dia hanya menyimpan di dalam mulut tanpa ditelan. |
kehe | [kE.hE] | kata adjektif | berkenaan rasa tidak enak dalam mulut selepas makan makanan yang berbau seperti kerdas, jering atau petai; rahang. | Kehe rase tekok pase makan jering. | [kE.hE ÄA.s« t«.k/ pA.sE mA.kAn dZ«.ÄiN] | Kehe rasa tekak sebab makan jering. |
parok | [pA.Ä/] | kata kerja | mengeluarkan bunyi tertentu menggunakan kedua-dua belah tangan yang diletakkan di mulut dan ditiup untuk memanggil dan menangkap ayam hutan. | Banyok dapat ayam utan, kene parok die. | [bA.ø/ dA.pAt A.jAm u.tAn k«.n« pA.Ä/ di.j«] | Banyak dapat ayam hutan kerana paroknya. |
sempuaih | [s«m.pu.wAC] | kata adjektif | berkenaan pakaian atau muka yang comot. | Mulot adek sempuaih dengan nasik. | [mu.lot A.de s«m.pu.wAC d«.NAn nA.si] | Mulut adik comot dengan nasi. |