Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. (sesuatu) yg kelihatannya ada tetapi sebenarnya tidak ada, bayangan, khayalan: merenggangkan diri drpd ~ keduniaan yg penuh tipu daya; 2. berkaitan dgn komputer dan Internet: universiti ~; litar ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; bermaya; tidak ~ tidak berdaya, lemah, lesu: badannya letih lesu seolah-olah tidak ~ lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sl apa: akan pekerjaan kami orang memegang negeri ~ peduli tuan?; padang ~ ini? (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 ada pd penglihatan tetapi sebenarnya tidak ada; bayangan; khayalan. 2 berkaitan dgn komputer, Internet atau teknologi maklumat: universiti ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : bermaya berseri; jernih. tidak ~ a. tidak berseri; tidak jernih. b. tidak bertenaga; lemah sekali; lesu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
maya (kata nama)
Bersinonim dengan bayangan, khayalan, impian, fantasi, angan-angan, ilusi, fatamorgana, imaginasi, halusinasi, mimpi, igauan.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MAYA

Maya ialah sejenis ilusi optik. Maya mungkin

berlaku ketika seseorang sedang memandu dan

ternampak sesuatu yang kelihatan seperti

sekumpulan air di jalan berturap yang panas di

hadapannya.

UMUM 
REALITI MAYA

Realiti maya ialah persekitaran tiga dimensi,

artifisial yang dicipta oleh komputer dan pelbagai

alat lain. Alat ini dan perisian khas memanipulasi

deria manusia – terutamanya deria penglihatan dan

pendengaran – untuk mencipta perasaan seolah-olah

berada di dalam dunia janaan komputer.

UMUM 
ANGELOU, MAYA

Angelou, Maya (1928– ), penulis, penyair,

penulis skrip drama, editor, pelakon wanita,

pengarah, dan guru Amerika. Dia paling dikenali

kerana siri pertama karya autobiografinya, I Know

Why the Caged Bird Sings (1970).

UMUM 
MAHSURI

Mahsuri ( ? – ? ) ialah tokoh legenda Pulau

Langkawi, Kedah. Dia dipercayai hidup pada awal

abad ke-19. Ibu bapanya bernama Pandak Maya

dan Mak Andak Alang, berasal dari Kampung

Mawat, Langkawi. Dia terkenal dengan ‘sumpah

tujuh keturunan’.

UMUM 
YAHYA M.S.YAHYA M.S. (1939-    ) penyair dan penulis Brunei Darussalam.  Dia lahir pada 21 Ogos 1939 di Kampung Lorong Sikuna, Brunei Darussalam.  Nama penuhnya ialah Pehin Siraja Khatib Dato’  Paduka Seri Setia Ustaz Awang Haji Yahya bin Haji Ibrahim.  Dia turut menggunakan nama pena Maya Borneo, Madah Satria dan Yusra Hariry.    Yahya M.S. menerima pendidikan Melayu, Inggeris dan Arab.  Dia pernah terdidik di Sekolah Arab Al-Juneid, Singapura dari tahun 1955 hingga tahun 1958.  Kemudian dia menyambung pelajarannya di Kolej Islam Malaya, Kelang, Selangor (1958-1963).  Seterusnya dia melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar, Mesir (1965-1967) dan menerima Ijazah Sarjana Sastera (M.A.) dalam Jurusan Pengajian Arab.SASTERATokoh

Kembali ke atas