SEMARANG | Semarang (pend. 1 026 671) ialah ibu wilayah dan bandar terbesar bagi Wilayah Jawa Tengah. Ia adalah bandar kelima terbesar di Indonesia. Semarang ialah pelabuhan utama Jawa Tengah. | UMUM | |
MACAO | Macao, juga dieja Macau, ialah wilayah Portugis yang terletak di bahagian tenggara pantai negara China. Wilayah ini terdiri daripada bandar raya Macao yang terletak di bahagian semenanjung, dan tiga buah pulau kecil. Wilayah ini mempunyai penduduk seramai 436 000 orang dan meliputi 15 kilometer persegi. Wilayah ini terletak di muara Sungai Zhu Jiang (Sungai Mutiara), lebih kurang 65 kilometer di barat Hong Kong. Untuk lokasi, lihat Asia (peta politik). | UMUM | |
KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH | Menguruskan hal-ehwal tanah dan koperasi. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
SLIGO | Sligo (pend. 17 285) ialah bandar bagi kaunti Sligo di barat Ireland. Ia merupakan bandar kedua terbesar di wilayah Connacht. Bandar ini terletak di sebuah dataran berhampiran Sungai Garavouge, iaitu di antara Lough Gill dengan laut. Sligo mempunyai sebuah lapangan terbang dan sebuah pelabuhan yang baik. Terdapat beberapa industri di Sligo, termasuk perikanan, firma membuat acuan dan alat, serta pemprosesan daging. Keluaran tempatan yang lain termasuk jam, pembekalan hospital, penimbang, pita video, dan pakaian wanita. | UMUM | |
ALICE SPRINGS | Alice Springs (pend. 25 586) ialah bandar di Wilayah Utara Australia. Ia terletak 1500 kilometer ke selatan Darwin dan 1650 kilometer ke utara Adelaide. Alice Springs terletak di tebing Sungai Todd yang kerap kering kira-kira 580 meter di atas paras laut (lihat Wilayah Utara [peta]). | UMUM | |
SAMARIA | Samaria ialah nama bandar dan juga wilayah di sekitar Palestin purba. Raja Omri membangunkan Samaria pada kira-kira tahun 800 S.M. dan menjadikannya ibu negara kerajaan Israel. Raja Omri menamakannya sempena nama Shemer, pemilik tanah tempat Samaria didirikan. | UMUM | |
KANSAS CITY | Kansas City (pend. 584 913; pend. kaw. met. 1 566 280) merupakan bandar industri di wilayah barat-tengah Amerika Syarikat. Bandar ini terletak di tempat pertemuan Sungai Kansas dengan Sungai Missouri dan terletak di dua buah negeri, iaitu Kansas dan Missouri. | UMUM | |
DELHI | Delhi ialah wilayah kesatuan India. Ia terdiri daripada tiga kawasan bancian utama, iaitu – Old Delhi, New Delhi, dan Delhi Kantonmen, termasuk 214 buah kampung di sekitar kawasan luar bandar. Wilayah kesatuan Delhi mempunyai keluasan 1483 kilometer persegi. Ia mempunyai penduduk seramai 9 370 475 orang. | UMUM | |
NOTTINGHAM | Nottingham merupakan bandar perusahaan yang terletak di tengah England. Nottingham terletak di tebing utara Sungai Trent. Untuk lokasi bandar ini, lihat England (peta politik). Bandar ini adalah pusat pentadbiran bagi wilayah Nottinghamshire. | UMUM | |
VATICAN CITY | Merupakan sebuah bandar yang bebas merdeka dan terletak dalam kawasan wilayah Rome, Itali dengan keluasan 44 hektar. | AGAMA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |