Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : aloi emas yg berwarna putih disebabkan adanya kandungan nikel atau platinum; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : aloi atau pancalogam emas dgn nikel (paladium atau zink) yg warnanya seakan-akan platinum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
putih (adjektif)
1. Dalam konteks warna
bersinonim dengan semerdanta, bulai, andan, kinantan, abiad, sabun, senantan, melepak, jelepak,
Berantonim dengan hitam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan bersih, suci, kudus, murni, nirmala, tulen, ceria,
Berantonim dengan tercemar

Kata Terbitan : memutihkan, keputihan,

Puisi
 

Emas merah kesuma danding,
     Perahu sarat seperti pelanting;
Awaknya putih pinggang ramping,
     Matanya tajam seperti gunting.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Anjing itu,
     meskipun dirantai dengan rantai emas,
nescaya berulang-ulang juga ia ke tempat najis.

Bermaksud :

Orang jahat, biarpun diberi kesenangan, namun kalau mendapat kesempatan akan diulangnya juga perbuatan jahatnya itu. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Arang itu, jika dibasuh dengan air mawar sekalipun, tiada akan putih, b. Gagak dimandikan tujuh kali sehari pun, takkan putih bulunya, c. Habis air setelaga, arang dibasuh tak putih).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PLATINUM

Platinum ialah unsur kimia dengan simbol Pt. Ia

adalah logam yang berharga, berwarna putih perak

yang lebih bernilai daripada emas. Nombor

atomnya ialah 78 dan berat atomnya ialah 195.08.

Platinum adalah satu daripada bahan yang

diketahui paling berat. Kuantiti platinum yang

diketahui beratnya lebih kurang 21 kali ganda berat

kuantiti air yang sama.

UMUM 
SARDONIKS

Sardoniks ialah sejenis kalsedoni, iaitu bentuk

mineral kuarza yang berira halus. Kebanyakan

sardoniks mempunyai lingkaran yang lurus atau

melengkung sedikit, berwarna perang kemerahmerahan

dan putih. Sumber utama sardoniks ialah

Brazíl, Uruguay dan India. Sardoniks merupakan

salah satu daripada batu permata yang kurang mahal.

Ia digunakan pada cincin dan barang kemas lain.

Tukang emas memotongnya rasa atau berbentuk

kubah untuk memaparkan lingkaran warnanya.

Kameo kadangkala dipotong dari sardoniks untuk

mendapatkan lapisan warnanya. Sardoniks adalah

salah satu permata kelahiran bulan Ogos.

Lihat juga Kalsedoni; Oniks; Permata.

UMUM 

Kembali ke atas