Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ABDUL RAHMAN HASHIM, TAN SRIABDUL RAHMAN HASHIM, Tan Sri (1925-1974), Ketua Polis Negara yang ketiga (1972-1974). Abdul Rahman lahir di Sungai Limau, Yan, Kedah.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
POLIS DIRAJA MALAYSIAPOLIS DIRAJA Malaysia, pasukan keselamatan dan agensi penguat kuasa undang-undang utama negara. Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula sebagai Pasukan Polis Persekutuan yang ditubuhkan pada tahun 1948. Pasukan ini kemudiannya disatukan di bawah Pengawalan Pusat iaitu Ketua Polis Negara sebagai pemerintah tertingginya. Pasukan ini diletakkan di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
MOHD. HANIFF OMAR, TUN

MOHD. HANIFF OMAR, Tun (1939-    ) Ketua Polis Negara yang keempat (1974-1994). Dia lahir pada 16 Januari 1939 di Teluk Anson, Perak. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Anglo-Chinese, Telok Anson, Perak dan Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Dia mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya (1959).

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MOHD. SALLEH ISMAIL, TUNMOHD.  SALLEH ISMAIL, Tun (1917-1973), Ketua Polis Negara yang kedua (1966-1973). Dia lahir pada 7 Julai 1917 di Pulau Pinang. Dia mula berkhidmat dalam pasukan polis pada 25 September 1935 sebagai konstabel. Dari tahun 1938 hingga tahun 1956, dalam tempoh pengesahan jawatan sebagai inspektor polis, dia menyandang pelbagai jawatan di negeri Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah dan PerlisSEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ANDROPOV, YURI VLADIMIROVICH

Andropov, Yuri Vladimirovich (1914–1984),

berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Parti

Komunis Kesatuan Soviet dari bulan November 1982

hingga kematiannya pada bulan Februari 1984. Pada

masa itu, jawatan Setiausaha Agung sangat

berkuasa di Kesatuan Soviet. Andropov juga

berkhidmat sebagai Pengerusi Presidium of the

Supreme Soviet – Ketua Negara Kesatuan Soviet

pada masa yang sama – dari bulan Jun 1983 hingga

kematiannya. Andropov telah menjadi polis rahsia

negara, KGB, dari tahun 1967 hingga bulan Mei

1982. Dia kemudian menjadi Ahli Sekretariat

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis.

UMUM 

Kembali ke atas