| SENAT | Senat ialah salah satu daripada dua badan yang membuat undang-undang dalam kebanyakan badan perundangan. Dalam banyak badan perundangan ini, dewan perundangan yang satu lagi dikenali sebagai dewan perwakilan . Dalam kebanyakan kes, senat adalah dewan perundangan yang lebih kecil. Banyak negara mempunyai dewan perundangan Kebangsaan berserta senat, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia, Perancis, Itali dan Republik Ireland. | UMUM | |
| AUTORITARIANISME | Autoritarianisme ialah sebarang bentuk kerajaan yang secara relatif hanya diperintah oleh beberapa orang sahaja, dan penduduk berperanan kecil dalam membuat keputusan. Negara autoritarian boleh menyekat, mengehadkan dengan kekerasan atau memanipulasi pilihan raya untuk disesuaikan dengan kehendak pihak berkuasa. Mereka boleh mengehadkan kuasa perundangan yang mewakili orang ramai, seperti parlimen atau kongres, dan mengehadkan kebebasan individu. | UMUM | |