| KETAYAP | KETAYAP, penutup kepala orang lelaki yang diperbuat daripada kain atau benang yang dikait (crochet). Ketayap juga disebut kopiah. Biasanya, ketayap berwarna putih. Dalam peradaban Melayu, ketayap sering dikaitkan dengan ibadat haji. Ini disebabkan sejak dahulu lagi ketayap menjadi pakaian mutlak bagi mereka yang bergelar haji. | BUDAYA | Alat/Alatan |
| SWEDE | Swede ialah tumbuhan yang akarnya boleh dimakan yang rasanya seperti lobak putih. Ia juga dinamakan rutabaga dan lobak putih Rusia. Swede lebih keras daripada lobak putih, dan biasanya dituai pada akhir tahun. Akarnya yang berwarna kuning kaya dengan vitamin dan mineral. Ia dimakan rebus atau dibakar. Daunnya yang berwarna hijau-biru juga boleh dimakan. Pengelasan saintifik. Swede tergolong dalam famili mustard, Cruciferae (Brassicaceae). Ia adalah Brassica napobrassica. | UMUM | |
| BAWANG PUTIH BAWANG MERAH | BAWANG PUTIH BAWANG MERAH, cerita rakyat Melayu yang popular, berkembang mulanya dalam bentuk lisan dan kemudian diterbitkan dalam bentuk buku untuk bacaan umum. | SASTERA | Konsep |
| STRAWBERI | Strawberi ialah tumbuhan kecil dalam famili ros yang ditanam untuk buahnya yang sedap berbentuk hati. Strawberi tumbuh dekat dengan permukaan tanah dan mengeluarkan bunga kecil, putih yang berbau wangi. Buahnya putih kehijauan pada mulanya dan menjadi merah terang apabila masak. Ia adalah sumber vitamin C yang baik dan sering dimakan segar dengan krim. Strawberi juga ditinkan atau disejukbekukan atau digunakan untuk membuat jem, jeli, dan wain. | UMUM | |
| ANEMON HUTAN | Anemon hutan ialah nama bagi dua spesies tumbuhan berbunga putih yang tumbuh dalam hutan jarang di Hemisfera Utara. Kedua-dua jenis tumbuhan ini berbunga pada musim bunga sebelum permukaan tanah dilindungi oleh daun pokok yang baru membesar. | UMUM | |
| SYAIR CENDAWAN PUTIH | SYAIR CENDAWAN PUTIH, sastera hikayat dalam bentuk syair. Syair ini tergolong dalam genre sastera saduran yang mempunyai pengaruh cerita Panji, epik Ramayana dan cerita saduran Arab-Parsi. Syair Cendawan Putih telah diterbitkan oleh tiga penerbit dalam bentuk tulisan Jawi dengan cap batu iaitu percetakan al-Aminat al-Thabaat, percetakan Sulaiman Mar’i, Singapura, dan percetakan Mutaba’ Mohamad’y, Bombay. | SASTERA | Konsep |
| SWEET CICELY | Sweet cicely ialah tumbuhan saka Eropah yang berkaitan dengan pasli lembu, tetapi ia adalah tumbuhan yang lebih tegap yang tumbuh setinggi satu meter. Bunganya putih dan tersusun dalam bentuk umbel (kepala biji berbentuk payung). Bijinya panjang, tegak dan berwarna perang gelap berkilat. Sweet cicely mempunyai daun yang beralur dalam seperti daun pakis. Sesetengah daun yang lebih besar mempunyai belak-belak putih. Bau daunnya seperti bau jintan manis apabila dihancurkan. | UMUM | |
| ALBION | Albion ialah nama purba bagi Britain atau England. Ia biasanya digunakan dalam puisi. Dari segi tradisinya, nama itu berasal daripada perkataan Latin albus , yang bermakna putih, dan digunakan oleh orang Rom yang pertama kali melihat cerunan putih di pantai selatan England. | UMUM | |
| KANJI | Kanji ialah bahan putih berbentuk serbuk yang terdapat dalam sel hidup tumbuhan hijau. Ia boleh didapati dalam biji jagung, gandum, padi, dan kacang, dan dalam batang, akar dan ubi (batang bawah tanah) kentang, ubi garut, atau ubi kayu (tapioka). | UMUM | |
| RUMAH PUTIH | Rumah Putih, kediaman rasmi presiden Amerika Syarikat yang terletak di Washington D.C. Presiden Amerika Syarikat tinggal dan bekerja di dalam rumah agam yang terkenal di seluruh dunia ini. Di Rumah Putih terdapat tempat tinggal presiden sekeluarga serta pejabat untuk presiden dan kakitangannya menjalankan tugas rasmi < | UMUM | Umum |