TEKA SILANG KATA | Teka silang kata ialah permainan kata yang popular. Ia biasanya dimainkan pada gambar rajah segi empat sama hitam dan putih. Satu set takrif atau klu bernombor biasanya dicetak berhampiran dengan gambar rajah ini. Tujuannya adalah untuk menjawab klu dengan kata yang bersilang melintang dan ke bawah gambar rajah ini. Pemain menulis setiap kata jawapan dalam baris segi empat sama yang kosong pada nombor yang sepadan dengan nombor klu. | UMUM | |
PUDINA | Pudina ialah nama bagi satu famili tumbuhan. Tumbuhan pudina mempunyai batang segi empat sama. Sesetengah tumbuhan mempunyai batang yang dinamakan stok akar yang tumbuh di sepanjang permukaan tanah. Daunnya yang berbau wangi tumbuh dua-dua, setiap satunya disebelah batang. Kebanyakan tumbuhan pudina mempunyai bunga berbibir dua yang kecil, berwarna putih, kebiruan atau kesamaran. Bunganya kadangkala tumbuh pada spika di hujung batang. | UMUM | |
ANJING TERRIER BOSTON | Anjing terrier Boston ialah anjing kecil yang mempunyai bulu licin berwarna gelap. Dada, leher, dan kakinya berbulu putih. Anjing ini mempunyai kepala berbentuk segi empat sama dan hidung yang pendek. | UMUM | |