Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
seri (kata nama)
1. Bersinonim dengan cahaya: sinar, semarak, kilau, kilat,

2. Bersinonim dengan kemuliaan: keindahan, kemegahan,

Kata Terbitan : berseri, menyerikan,

Puisi
 

Tatang puan tatang cerana,
     Tatang duduk Seri Rama;
Datang tuan datanglah nyawa,
     Datang duduk bersama-sama.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HIKAYAT SERI RAMAHIKAYAT SERI RAMA, sastera epik berunsur Hindu. Hikayat ini berasal daripada kitab suci India yang terkenal, Ramayana.SASTERAKarya
MEGAT SERI RAMA

MEGAT SERI RAMA (   ?   -   ?   ), pembesar kerajaan Johor Lama.  Ada sumber yang mengatakan Megat Seri Rama bukan orang tempatan.  Dia berasal dari Terengganu dan nama sebenarnya Wan Abdul Rahman.  Dia berkhidmat di Istana Kota Tinggi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
PERISTIWA SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG

PERISTIWA SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG, peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud oleh Megat Seri Rama kerana membalas dendam.  Peristiwa ini berlaku pada bulan Ogos 1699 bersamaan hari Jumaat, di Kota Tinggi, Johor. 

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
TUN ABDUL JAMILTUN ABDUL JAMIL (? -1688), pembesar kerajaan Johor.  Dia adalah salah seorang anak Laksamana Johor yang meninggal dunia pada tahun 1640-an.  Dengan itu jawatan laksamana dipegang oleh Tun Abdul Jamil.  Pada mulanya dia bertugas sebagai panglima, kerana kecekapan dan kebolehannya dia dinaikkan pangkat menjadi ketua juak raja dengan gelaran Panglima Muda, seterusnya menjawat jawatan Megat Seri Rama, Laksamana dan Paduka Raja.  Jawatan Paduka Raja adalah bakal Bendahara.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SYAH IV

SULTAN ABDUL JALIL RIAYAT SYAH IV (? – 1721), Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang (1699 – 1718).  Nama sebenarnya ialah Tun Abdul Jalil.  Baginda menjadi bendahara dengan gelaran Bendahara Paduka Raja Johor semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah II (1685 – 1699).  Sultan Mahmud mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama pada tahun 1699 tanpa meninggalkan zuriat.  Justeru itu, Bendahara Tun Abdul Jalil melantik dirinya sebagai Sultan Johor dan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV.  Adinda baginda, Tun Mahmud, dilantik sebagai Raja Muda dan Tun Mas Anom sebagai Bendahara Seri Maharaja.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MIR HASSAN

MIR HASSAN (   ?   -   ?   ), penglipur lara Melayu.  Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia ialah menantu Pawang Ana. Mir Hassan dan Pawang Ana merupakan tokoh penglipur lara Melayu awal yang mendapat perhatian pentadbir British di Tanah Melayu, terutamanya R.J. Wilkinson dan R.O. Wintedt yang berminat mengkaji kesusasteraan Melayu lama.  Tiga buah cerita lipur lara yang dituturkan oleh Mir Hassan ialah Raja Donan, Hikayat Seri Rama dan Raja Ambung.  Rangka cerita Raja Donan yang dituturkan oleh Mir Hassan menyerupai bentuk rangka cerita tuturannya yang lain. 

SASTERATokoh
SYED HUSSAIN JAMALULLAIL

SYED HUSSAIN JAMALULLAIL (1834-1873), Raja Perlis yang pertama (1854-1873).  Baginda diputerakan pada 20 Mei 1834 di Arau, Perlis.  Baginda dilantik sebagai Raja Perlis oleh Raja Siam, Rama III, dengan sokongan dan persetujuan Raja Ligor pada tahun 1854.  ketika itu negeri Perlis masih di bawah jajahan Kedah yang dinaungi kerajaan Siam.  Baginda memberi gelaran negeri Perlis `Indera Kayangan’.  Pemerintahan baginda berdasarkan Perlembagaan Negeri Kedah.  Baginda melantik Syed Abdullah Jamalullail sebagai Raja Muda, Muhammad Arsyad bin Muhamad Yunus (Datuk Awang/Datuk Belat Paduka Seri Perdana Menteri/Datuk Arau) sebagai Perdana Menteri, Ibrahim (Alang Kecik) digelar Datuk Seri Lela Pahlawan, dan Lahim digelar Datuk Seri Indera Dewa.  Datuk Arau telah membuka tempat raja bersemayam yang dinamakan Arau.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas