Mendaki gunung ialah sukan pendakian sesebuah gunung untuk sampai ke puncaknya. Pendakian gunung sebagai satu sukan bermula di Eropah apabila orang mula mendaki puncak gunung hanya untuk cabaran dan pengembaraan. Kebanyakan gunung-gunung utama, kecuali yang terletak di kawasan yang sangat terpencil di dunia, sudah didaki. Puncak yang paling tinggi di Amerika Utara yang terletak di Gunung McKinley, mula didaki pada tahun 1913. Pada tahun 1953, Sir Edmund Hillary dari New Zealand dan Tenzing Norgay dari Nepal menjadi orang pertama sampai ke puncak Gunung Everest di Asia, iaitu gunung yang tertinggi di dunia. Lihat Gunung Everest; Gunung McKinley. |