Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Peribahasa

Seutas rotan ditarik,
     bergegar hutan belukar;
riuh bunyi kera dan lotong.

Bermaksud :

Jika seseorang anggota keluarga mendapat aniaya maka marahlah sekalian kaum keluarganya dan sekalian sahabat handainya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SALJUK

Saljuk ialah anggota keluarga yang memerintah

penduduk berbahasa Turki. Mereka menguasai

sebahagian besar daripada bahagian barat daya

Asia dari pertengahan tahun 1000-an hingga

pertengahan tahun 1200-an. Mereka berasal dari

sebagai Turkistan dan telah dinamakan Saljuk,

sempena nama pemimpin pertama mereka. Kaum

Saljuk juga merupakan salah satu daripada

penduduk pertama berketurunan Turki yang

memerintah Asia Kecil (kini Turki).

UMUM 
ATHLONE, EARL OF

Athlone, Earl of (1874–1957), anggota keluarga

diraja Britain dan seorang pegawai tentera,

berkhidmat sebagai Gabenor Jeneral Kanada dari

tahun 1940 hingga tahun 1946. Sebagai seorang

gabenor jeneral, dia menumpukan perhatiannya

untuk mengekalkan peranan Kanada semasa

Perang Dunia II (1939 –1945). Pada tahun 1943 dan

1944, dia menjemput Presiden Franklin D.

Roosevelt dari Amerika Syarikat dan Perdana

Menteri Britain, Winston Churchill untuk

menghadiri dua persidangan masa perang yang

bersejarah di kediamannya di Quebec.

UMUM 
KELUARGA DIRAJA

Keluarga diraja ialah anggota keluarga raja

berperlembagaan yang memerintah, – iaitu raja,

ratu, maharaja, maharani, sultan, amir, atau raja

berdaulat yang lain. Keluarga diraja dianggotai oleh

seorang raja yang berkuasa dalam sebuah negara,

dan juga anggota keluarganya yang terdekat – isteri

atau suami, anak, cucu, adik-beradik dan ibu bapa.

Keluarga diraja tidak semestinya sama dengan

keluarga pemerintah sesebuah negara (mereka

yang berkuasa ke atas sesebuah kerajaan). Di

kebanyakan negara – United Kingdom contohnya–

raja adalah ketua negara tetapi tidak memainkan

sebarang peranan dalam pentadbiran kerajaan.

Sesetengah keluarga pemerintah yang menguasai

kerajaan pula tidak semestinya berdarah raja.

Contohnya, keluarga pemerintah negara Kuwait

bukanlah berdarah raja. Keluarga sebegini biasanya

tidak mempunyai asal usul dari keturunan

bangsawan sejak zaman nenek moyang lagi.

UMUM 
KELUARGA DIRAJA HABSBURG

Keluarga Diraja Habsburg ialah keluarga

diraja Eropah yang termasyhur. Keturunan keluarga

Habsburg (juga dieja Hapsburg) memerintah

Empayar Rom Holy selama hampir 400 tahun.

Anggota keluarga diraja ini menduduki takhta

beberapa kerajaan di Eropah, kecuali selama

beberapa tahun, dari tahun 1200-an hingga ke awal

tahun 1900-an.

UMUM 
SURAT-MENYURAT

Surat-menyurat ialah satu kaedah komunikasi

bertulis. Orang menulis surat untuk urusan

perniagaan dan untuk tujuan peribadi. Surat urus

niaga umumnya lebih rasmi daripada surat

peribadi. Surat urus niaga termasuk untuk tujuan

memohon pekerjaan, surat bantahan, surat untuk

jualan menjual barangan dan surat peringatan.

Surat peribadi termasuk surat kiriman antara

anggota keluarga atau sahabat, surat undangan,

dan nota ucapan terima kasih.

UMUM 
BUAPAK

BUAPAK, ketua kelompok kekeluargaan dalam sistem tradisi kepimpinan adat perpatih, iaitu perut.  Istilah ‘buapak’ ialah hasil gabungan kata-kata ‘ibu’ dan ‘bapa’ yakni ketua dalam sebuah keluarga. Oleh itu, sebuah perut lebih besar daripada sebuah keluarga biasa sehingga boleh mencapai lima hingga enam generasi, maka konsep buapak itu terbit sebagai ketua kelompok kekeluargaan ini.  Anggota-anggota dalam perut menjadi anak buahnya.

BUDAYAKonsep
DE BOISSIERE, RALPH A.C.

De Boissiere, Ralph A.C. (1907– ) ialah

penulis novel dan cerita yang lahir dalam keluarga

Kreol-Perancis yang kaya di Trinidad. Dia ialah

anggota golongan sastera pada tahun 1920-an di

Trinidad dan kerap menyumbang kepada jurnal

budaya Trinidad dari tahun 1929 hingga tahun 1930

dan jurnal The Beacon (1931).

UMUM 
O'MALLEY, DESMOND

O’Malley, Desmond (1939– ) ialah pengasas

Demokrat Progresif, iaitu parti politik di Republik

Ireland. O’Malley menjadi anggota Fianna Fáil,

tetapi dibuang pada tahun 1985 selepas berucap

menentang barisan parti dalam membahaskan

perancangan keluarga. Dia membentuk Demokrat

Progresif pada awal tahun berikutnya dan

mengepalai parti itu sehingga tahun 1993. Pada

tahun 1989, Demokrat Progresif dan Fianna Fáil

membentuk kerajaan campuran, dan O’Malley

menjadi menteri bagi perindustrian dan

perdagangan sehingga tahun 1992.

UMUM 
PERSETUJUAN PRAGMATIK

Persetujuan pragmatik ialah sejenis dekri yang

berkaitan dengan urusan gereja atau negeri yang di-

keluarkan oleh raja-raja Eropah. Persetujuan

pragmatik yang paling penting dikeluarkan secara

peribadi oleh Maharaja Habsburg Charles VI pada

tahun 1713, dan diisytiharkan kepada umum pada

tahun 1724. Pada waktu itu, undang-undang Jerman

memerlukan raja menurunkan harta bendanya

kepada putera sulungnya. Charles adalah anggota

keluarga Habsburg. Persetujuan pragmatiknya

menyatakan bahawa pegangan keluarga boleh

diwarisi oleh puterinya yang sulung, jika dia tidak

mempunyai putera. Persetujuan itu juga menyatakan

bahawa tanah Habsburg tidak boleh dipecah-

pecahkan.

UMUM 
AUSTRALOPITHEKUS

Australopithekus dianggap oleh kebanyakan

ahli antropologi sebagai makhluk awal yang

dijadikan mempunyai persamaan dengan manusia.

Makhluk ini tinggal di Afrika lebih empat juta

tahun yang lalu iaitu antara dua juta hingga satu

juta tahun yang lampau. Istilah Australopithekus

berasal daripada perkataan Latin australis ,

bermakna selatan, dan perkataan Yunani pithekos ,

bermakna beruk. Ia merujuk kepada genus.

Anggota genus dikenali sebagai

australopithecines . Makhluk ini dipercayai sebagai

hominid pertama. Hominid ialah anggota

kumpulan keluarga saintifik yang terdiri daripada

manusia dan makhluk prasejarah yang menyerupai

manusia.

UMUM 

Kembali ke atas