BATU PERMATA TIRUAN | Batu permata tiruan ialah batu permata yang menyerupai batu permata asli. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
BATU PERMATA | Batu permata ialah sejenis batu yang berharga dan digunakan sebagai barang kemas atau hiasan. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
OPAL | Opal ialah batu permata yang mengandungi warna-warna pelangi. Ia terdiri daripada silikon dan oksigen, iaitu unsur yang ditemui dalam pasir biasa. Warna latar opal mungkin hitam, biru, coklat, kelabu, atau putih. Opal mempamerkan warna yang berkilauan apabila terkena cahaya yang terang. | UMUM | |
ZAMRUD | Zamrud ialah batu permata berwarna hijau yang merupakan varieti mineral beril. Warnanya hijau disebabkan kehadiran sedikit kromium dalam hablurnya. | UMUM | |
AKUAMARIN | Akuamarin ialah pelbagai jenis batu permata berwarna biru muda atau hijau kebiru-biruan yang dinamakan beril . Warna yang paling popular ialah biru langit. Hampir semua akuamarin adalah lutsinar. | UMUM | |
BATU PERMATA | Kajian terhadap aspek teknikal mineral berharga dan bhan permata yang biasa digunakan dalam perhiasan. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
PERIDOT | Peridot ialah batu permata lut sinar yang biasanya berwarna kehijauan kerana kandungan besinya. Peridot ialah sejenis mineral biasa yang membentuk batu-batan yang dikenali sebagai olivin. Tukang emas memotong dan mencanai peridot berkualiti tinggi untuk menghasilkan permata yang mempunyai banyak segi. Peridot yang dipotong dengan cara ini digunakan untuk membuat pelbagai barang kemas yang indah-indah. Peridot yang rendah sedikit mutunya dipotong berbentuk bulat dikenali sebagai cabochon atau dikilatkan dengan empelas dalam proses yang dikenali sebagai tumbling . Batu permata jenis ini hanya digunakan untuk membuat perhiasan kostum dan objek hiasan. Peridot ialah salah satu daripada dua batu kelahiran untuk bulan Ogos. | UMUM | |
KARAT | Karat ialah sukatan yang digunakan oleh tukang emas untuk menimbang batu permata. Istilah ini berasal dari perkataan Arab, carat, yang bermakna kacang atau biji. | UMUM | |
NILAM | Nilam, sejenis batu permata yang keras dan jernih. Ia juga adalah sejenis mineral korundum. Nilam yang terkenal ialah nilam biru. Warnanya berpunca dari sejumlah kecil besi dan titanium yang berada di dalam batu. Nilam juga ada dalam pelbagai warna seperti kuning, hijau putih, hitam, ungu dan oren. Nilam bukan biru dinamakan nilam hiasan. Korundum berjenis merah dikenali sebagai delima. | UMUM | |
MUTIARA | Mutiara ialah satu daripada permata yang paling berharga. Mutiara yang besar, berbentuk sempurna setara nilainya dengan batu permata yang paling berharga. Tetapi, mutiara berbeza daripada permata-permata lain. Kebanyakan permata adalah mineral yang dilombong dari bawah bumi. Tetapi mutiara terbentuk di dalam cangkerang tiram. Permata mineral adalah keras dan biasanya memantulkan cahaya. Bagaimanapun, mutiara adalah agak lembut dan menyerap serta memantulkan cahaya. | UMUM | |