PERSATUAN BENDERA MERAH PUTIH | PERSATUAN BENDERA MERAH PUTIH, persatuan orang India Islam di Negeri-Negeri Selat pada pertengahan abad ke-19. Persatuan ini diasaskan oleh orang India Islam di Pulau Pinang dan tidak didaftarkan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
BENDERA NEGERI, | BENDERA NEGERI, Panji-panji yang menjadi lambang sesebuah negeri. Bendera Persekutuan Tanah Melayu (sebelum wujudnya Malaysia) mula diperkenalkan pada 19 April 1950, setelah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Bendera ini direka khas sebagai lambang Persekutuan Tanah Melayu secara keseluruhannya, serta merangkumi sejarah setiap negeri. Bendera ini berukuran 180cm x 90 cm, mempunyai 11 jalur iaitu enam jalur merah dan lima jalur putih mewakili negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu iaitu Johor, Pahang, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Melaka. Di sudut atas sebelah kiri terdapat petak berwarna biru dengan bulan sabit dan bintang berwarna kuning. Bintang pecah 11 melambangkan perpaduan 11 buah negeri tersebut, serta warna kuning melambangkan kedalatan institusi beraja di sebahagian besar negeri di Tanah Melayu. Bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah buat pertama kalinya pada 26 Mei 1950, di perkarangan Istana Selangor, Kuala Lumpur. Upacara menaikkan bendera tersebut dilakukan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British, pada ketika itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
NAVY JACK | Navy Jack ialah bendera Tentera Laut Amerika Syarikat. Ia mempunyai 50 bintang berwarna putih dan berlatarbelakangkan warna biru. Ia kelihatan seperti bahagian bucu berwarna biru dan putih pada bendera Amerika Syarikat. | UMUM | |
BENDERA NEGERI | BENDERA NEGERI, Panji-panji yang menjadi lambang sesebuah negeri. Bendera Persekutuan Tanah Melayu (sebelum wujudnya Malaysia) mula diperkenalkan pada 19 April 1950, setelah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Bendera ini direka khas sebagai lambang Persekutuan Tanah Melayu secara keseluruhannya, serta merangkumi sejarah setiap negeri. Bendera ini berukuran 180cm x 90 cm, mempunyai 11 jalur iaitu enam jalur merah dan lima jalur putih mewakili negeri-negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu iaitu Johor, Pahang, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Melaka. Di sudut atas sebelah kiri terdapat petak berwarna biru dengan bulan sabit dan bintang berwarna kuning. Bintang pecah 11 melambangkan perpaduan 11 buah negeri tersebut, serta warna kuning melambangkan kedalatan institusi beraja di sebahagian besar negeri di Tanah Melayu. Bendera Persekutuan Tanah Melayu berkibar megah buat pertama kalinya pada 26 Mei 1950, di perkarangan Istana Selangor, Kuala Lumpur. Upacara menaikkan bendera tersebut dilakukan oleh Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British, pada ketika itu. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Alat/Alatan |
TIGA WARNA | Tiga warna ialah bendera kebangsaan Perancis. Ia mempunyai warna merah, putih dan biru dengan jalur menegak. Ketiga-tiga warna itu digunakan sebagai lambang Perancis pada 17 Julai 1789 semasa Revolusi Perancis. Raja Louis XVI tiba ke Perancis selepas kejatuhan Bastille. Dia meletakkan simpulan reben tiga warna di topinya sebagai melambangkan sifat patriotiknya. Merah dan biru ialah warna rasmi Paris dan putih adalah warna keluarga diraja. Selepas keluarga diraja berkuasa semula pada tahun 1814, ia menolak tiga warna. Tetapi tiga warna sekali lagi menjadi bendera kebangsaan Perancis pada tahun 1830. | UMUM | |
PERANG PETANI | Perang Petani merujuk kepada pemberontakan petani Jerman terhadap golongan bangsawan pada tahun 1524 dan tahun 1525. Ia merupakan pemberontakan terbesar oleh petani dalam sejarah negeri Jerman. Pemberontakan meletus pada akhir tahun 1524 di Stuhlingen di kawasan Black Forest dan pantas merebak ke utara. Kemudian seluruh rakyat Jerman, kecuali di Bavaria menerima kesannya. Para petani menyerbu istana kota dan memaksa bangsawan untuk memenuhi tuntutan mereka. Bendera mereka, yang dikenali sebagai Bundschuh , diperbuat daripada kain berwarna hitam, putih, dan merah dengan gambar kasut petani. | UMUM | |