SPAN | Span ialah haiwan yang hidup di dasar lautan dan lain-lain kumpulan air. Span tidak mempunyai kepala, lengan, atau organ dalaman. Ia hidup melekap pada batu-batan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain objek di bawah permukaan air. Span dewasa tidak bergerak dari satu tempat ke tempat lain, dan banyak span kelihatan seperti tumbuh-tumbuhan. Oleh sebab ini manusia dahulunya menganggap span sebagai tumbuh-tumbuhan. Tetapi kini, ahli sains mengelaskan span sejenis haiwan. Seperti kebanyakan haiwan, span memakan makanan. Span tidak dapat membuat makanannya sendiri, sebagaimana tumbuh-tumbuhan. | UMUM | |
DAYA PACUAN | Mekanisme pemindahan kuantiti asas, iaitu jisim, tenaga, dan momentum dari suatu tempat ke suatu tempat lain. Proses pengangkutan berlaku setiap detik. Udara sentiasa bergerak. Air sungai pula sentiasa mengalir. | KEJURUTERAAN | Konsep |
PAIP | Paip ialah tiub yang digunakan untuk mengangkut cecair dan gas dari satu tempat ke tempat lain. Talian paip setara dari segi kepentingan dengan lebuh raya dan jalan kereta api sebagai cara untuk mengangkut bahan yang berguna kepada manusia. Paip besar menyalurkan air dari kolam, tasik, atau lain-lain sumber bekalan air ke bandar. | UMUM | |
FENOMENON PENGANGKUTAN | Mekanisme pemindahan kuantiti asas, iaitu jisim, tenaga, dan momentum dari suatu tempat ke suatu tempat lain. Proses pengangkutan berlaku setiap detik. Udara sentiasa bergerak. Air sungai pula sentiasa mengalir. Matahari sentiasa menyinari bumi pada siang hari. Kepulan asap meresap ke udara dari serombong kilang, rumah atau kenderaan. Kefahaman tentang fenomenon pengangkutan amat penting untuk menganalisis dan mereka bentuk peralatan loji pemprosesan. Pengetahuan berkaitan ciri-ciri kuantiti asas dan mekanisme pengangkutan diperlukan bagi menentukan jenis reka bentuk yang sesuai. Begitu juga huraian secara terperinci tentang mekanisme pengangkutan menjadi amat bermakna dalam menerangkan operasi peralatan tersebut....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
NOMAD | Nomad ialah orang yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain sebagai cara untuk meneruskan kehidupan. Perkataan nomad berasal daripada perkataan Yunani yang bermakna orang yang merayau mencari padang ternakan. Kebanyakan orang nomad berpindah ke sesuatu kawasan tertentu menurut kitaran atau pusingan berdasarkan aktiviti dan musim. Orang nomad biasanya berpindah menggunakan haiwan atau kayak ataupun berjalan kaki. Namun kini, sesetengah orang nomad mengembara menggunakan kenderaan bermotor. | UMUM | |
PAIP HABA | Paip haba ialah peranti yang memindahkan banyak haba dari satu tempat ke tempat lain pada suhu yang agak malar. Paip haba boleh memindahkan lebih banyak haba per unit keluasan daripada pengalir logam yang terbaik, termasuk tembaga dan perak. Tidak seperti kebanyakan peranti pemindah haba, paip haba tidak memerlukan sumber kuasa luar. Ciri ini menjadikan tenaga lebih cekap dan lebih jimat. | UMUM | |
MERPATI PEMBAWA UTUSAN | Merpati pembawa utusan ialah burung yang asalnya dibiakkan bakanya daripada merpati yang digunakan untuk membawa utusan dari satu tempat ke tempat lain. Walau bagaimanapun, bertahun-tahun lamanya merpati ini telah kehilangan naluri pulang ke sarangnya. Kini ia dipelihara sebagai burung pertunjukan. Merpati pembawa utusan ini berwarna biru, hitam, putih, perang kekelabuan, atau kuning. Ia lebih besar daripada merpatimerpati lain, dan ia tegak. Burung ini mempunyai sayap dan kaki yang kuat. Ia mempunyai ketumbuhan yang besar, berisi di sekeliling matanya yang besar,dan berwarna kuning pada paruhnya. Ketumbuhan ini mungkin meliputi hidung merpati tua. | UMUM | |
HAKISAN | Hakisan ialah proses semula jadi apabila batu dan tanah pecah melerai dari permukaan bumi di suatu tempat dan bergerak ke tempat lain | UMUM | |
AILANTUS | Ailantus ialah sejenis pokok yang dapat hidup di bandar dan tempat-tempat yang tidak dapat ditumbuhi oleh pokok-pokok lain. Ailantus mempunyai kulit berwarna perang-kelabu yang licin dan mengeluarkan buah berwarna perang kemerah-merahan. Ailantus tumbuh dengan cepat sehingga setinggi 18 meter. Pokok ini berasal dari China, tetapi kini banyak ditanam di negara-negara lain. Lihat juga Pokok (Pokok berdaun lebar dan pokok berdaun jejarum (gambar)). | UMUM | |
MAKHLUK ANGKASA | Makhluk angkasa merujuk kepada kehidupan atau makhluk cerdik yang berasal dari tempat yang lain selain bumi. Makhluk seperti ini belum pernah dijumpai. Walaupun begitu, kajian tertentu, termasuk kajian kosmologi (sejarah alam semesta) dan kajian fosil dan geologi di bumi telah menyebabkan ramai ahli sains percaya bahawa kehidupan atau makhluk seperti ini mungkin wujud. | UMUM | |