Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SOSIALISME

Sosialisme ialah satu sistem ekonomi, gerakan

politik dan teori sosial. Kebanyakan sosialis

percaya bahawa kerajaan, sama ada di peringkat

kebangsaan mahupun di peringkat tempatan, dan

bukannya individu, yang sepatutnya memiliki

sumber negara dan mengawal kegunaannya.

Sosialisme juga menuntut pemilikan umum

terhadap tanah, kilang dan sumber asas

pengeluaran yang lain.

UMUM 
TANGO

Tango ialah sejenis tarian Amerika Latin yang

pertama menjadi popular di peringkat antarabangsa.

Ia merupakan sejenis tarian berdansa berentak

perlahan atau kali diaksenkan dengan cara yang

tidak sama. Pasangan penari akan meluncur dengan

perlahan dan lancar mengikut pelbagai langkah.

Mereka bertukar rentak, dari langkah yang panjang

dan perlahan ke langkah yang pendek dan cepat.

Muzik yang digunakan untuk tarian ini dikenal

sebagai tango dan sungguh dramatik.

UMUM 
TALLCHIEF, MARIA

Tallchief, Maria (1925– ), penari balet wanita

Amerika yang pertama terlatih di peringkat

antarabangsa. Dia terkenal khususnya kerana

keunggulan teknikal tariannya. Tallchief

memulakan penglibatan dengan menyertai

kumpulan balet Ballet Russe de Monte Carlo dari

tahun 1942 hingga 1947, tetapi kerjayanya lebih

dikaitkan dengan New York City Ballet .

UMUM 
EAMES, CHARLES

Eames, Charles (1907–1978) ialah pereka bentuk

Amerika Syarikat yang terkenal di peringkat

antarabangsa kerana menghasilkan beberapa

perabot imaginatif pada tahun 1900-an.

UMUM 
MARCONI, GUGLIELMO

Marconi, Guglielmo (1874–1937) ialah pencipta

dan jurutera elektrik Itali yang terkenal di peringkat

antarabangsa kerana peranannya dalam

memajukan telegraf wayarles, atau radio (lihat

Radio).

UMUM 
ARMSTRONG, LOUIS

Armstrong, Louis (1900–1971), pemain trumpet

Amerika yang pertama sekali terkenal sebagai

pemain trumpet solo jaz di peringkat antarabangsa.

Dia terkenal kerana nada dan teknik tiupannya

yang begitu indah dan cemerlang serta suaranya

yang garau ketika menyanyi. Dia merupakan

pemuzik jaz yang pertama menyanyi dalam gaya

yang berterabur dengan susunan suku kata dan

nada yang digubah secara sembrono ketika

menyanyi, tanpa menggunakan lirik.

UMUM 
SOUTHALL, IVAN

Southall, Ivan (1921– ) ialah penulis Australia

menjadi terkenal di peringkat antarabangsa

menerusi buku kanak-kanak karangannya. Dia

memenangi hadiah Anugerah Tahunan Buku

Kanak-kanak (Children’s Book of the Year Award)

pada tahun 1966, 1968, 1971, dan tahun 1976. Dia

juga menerima Anugerah Pingat Carnegie pada

tahun 1972, serta Anugerah Buku Kanak-kanak

Kebangsaan pada tahun 1986, selain beberapa

anugerah lain di Eropah, Jepun, dan Amerika

Syarikat. Dia menerima pingat Order of Australia

pada tahun 1981. Antara bukunya termasuklah

Hills End (1962), Ash Road (1965), To the Wild Sky

(1967), The Fox Hole (1967), Let the Balloon Go

(1968), Sly Old Wardrobe (1968), Bread and

Honey (1970), Josh (1971) Over the Top (1972),

Matt and Jo (1973), Fly West (1974), What About

Tomorrow (1977), The Golden Goose (1981),

The Long Night Watch (1983), Christmas in the

Tree (1985), Rachel (1986); Black Bird (1988), dan

The Mysterious Worid of Marcus Leadbetter

(1990).

UMUM 
PRAMOEDYA ANANTA TOER

Pramoedya Ananta Toer (1925– ) ialah salah

seorang pengarang Indonesia yang teragung pada

tahun 1900-an. Dia ialah salah seorang penulis

Indonesia yang paling dikenal di peringkat

antarabangsa dan karyanya telah diterjemahkan ke

dalam bahasa Inggeris, Belanda, Jerman,

Sepanyol, Rusia dan China.

UMUM 
THEILER

Theiler ialah nama keluarga bagi dua orang ahli

sains Afrika Selatan, iaitu bapa dan anak yang

menjadi terkenal di peringkat antarabangsa.

Sir Arnold Theiler (1867–1936) ialah penyelidik

sains veterinar. Onderstepoort di Afrika Selatan,

tempat Theiler mendirikan makmalnya, kini

mempunyai reputasi antarabangsa dalam sains

veterinar. Sir Arnold Theiler diberi penghormatan

sebagai pengasasnya.

UMUM 
KUROSAWA, AKIRA

Kurosawa, Akira (1910–1998), pengarah filem

Jepun pertama yang termasyhur di seluruh dunia.

Dia mencapai kemasyhuran dan terkenal di peringkat

antarabangsa dengan filemnya yang berjudul

Rashomon (1950).

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas