Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hak penguasaan yg dilindungi undang-undang atas seluruh atau sebahagian drpd hasil ciptaan seseorang pengarang (pencipta, penggubah dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : hak seseorang pencipta spt pengarang, penggubah lagu atas hasil ciptaannya yg dilindungi undang-undang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hak
1. Bersinonim dengan benar
( betul, sah, sahih, sungguh, tahkik, siddiq, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan kuasa
( kelayakan, keistimewaan, kebebasan, kewibawaan, kedaulatan, prerogatif, )
(kata nama:)

3. Bersinonim dengan milik
( kepunyaan)
(kata nama:)

Kata Terbitan : berhak,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KONVENSYEN HAK CIPTA UNIVERSAL

Konvensyen Hak Cipta Universal lihat hak

cipta (Konvensyen antarabangsa).

UMUM 
HAK CIPTA UMUM 
PERTUBUHAN HARTA INTELEKTUAL SEDUNIA

Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia

(World Intellectual Property Organization (WIPO)

ialah agensi antarabangsa yang berusaha

melindungi hak undang-undang dalam karya

kesenian dan kesusasteraan, penciptaan, cap

dagang, dan penciptaan asli yang lain. Hak seperti

itu dikenali sebagai harta intelektual . Pertubuhan

ini mempromosi perjanjian antarabangsa tentang

hak cipta, paten, cap dagang, dan penciptaan asli

yang lain. Ia juga menyediakan maklumat teknologi

dan bantuan lain kepada negara-negara

membangun. Pertubuhan ini, dikenali sebagai

WIPO, iaitu agensi khas Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu. WIPO mempunyai bilangan

keahlian lebih daripada 110 negara. Ibu pejabatnya

bertempat di Geneva, Switzerland.

UMUM 
KAMUS INDONESIA-JERMAN

KAMUS INDONESIA-JERMAN, kamus dwibahasa yang disusun oleh Erich-Dieter Krause dan Rosemarie Simon-Bärwinkel yang diterbitkan pertama kali pada tahun 1990 oleh Penerbit Dian Rakyat, Jakarta dan cetakan keduanya pada tahun 1994. Hak cipta kamus ini dipegang oleh Langenscheidt Verlag Enzyklopädie Leipzig, Berlin, Mänchen.

BAHASAPenerbitan
PERPUSTAKAAN BODLEY

Perpustakaan Bodley ialah perpustakaan

utama di Oxford University, England. Perpustakaan

ini mengandungi kira-kira lima juta buku dan lebih

daripada 60 000 manuskrip. Undang-undang hak

cipta menetapkan bahawa satu salinan bagi setiap

buku yang diterbitkan di Great Britain mestilah

diberikan kepada perpustakaan ini sekiranya

perpustakaan ini memerlukannya.

UMUM 
PATEN

Paten ialah dokumen yang dikeluarkan oleh

kerajaan pusat yang memberikan hak eksklusif

kepada seorang pereka cipta bagi ciptaannya

dalam suatu tempoh waktu yang tertentu. Paten

membolehkan pereka ciptanya menghalang orang

lain daripada membuat, menjual atau

menggunakan ciptaannya di negara tempat paten

itu dikeluarkan.

UMUM 

Kembali ke atas