Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.tang] | هوتڠ

Definisi : 1. wang dll yg dipinjam drpd orang lain: jangan-jangan ~ itu tak terbayar lagi; belian (jualan) ~ belian (jualan) yg bayar­annya ditangguhkan; membayar ~ me­ngembalikan wang dll yg dipinjam dr orang lain; memberi ~ memberi pinjaman wang; menagih ~ memungut (menuntut kembali) wang yg dipinjamkan; mendapat ~ mendapat pinjaman wang; 2. kewajiban (perasaan ber­kewajiban) membayar balik sesuatu yg dite­rima; ~ bercagar hutang yg diberikan dgn si berhutang mencagarkan sesuatu (spt barang-barang kemas, rumah, tanah, dsb); ~ budi kebaikan yg diperoleh dan yg harus dibalas; ~ darah tuntutan bela (atau bayaran) terhadap seseorang (pihak dll) yg telah melakukan kekejaman dll; ~ lapuk hutang yg tidak berbayar; ~ piutang (wang) yg dipinjam dr dan yg dipinjamkan kpd orang lain, berbagai-bagai hutang; ~ (di) sekeliling pinggang terlalu banyak hutang; surat ~ surat peng­akuan hutang; ~ biduk belum langsai, ~ pengayuh tiba pula = ~ samir belum langsai, ~ kajang datang pula = ~ tembilang belum langsai, ~ tajak tiba pula prb hutang yg lama masih belum habis dibayar datang pula orang menagih hutang yg baru; ~ sebelit (selilit) pinggang = ~ tiap helai bulu = sebanyak ~ si Jibun prb seseorang yg sangat banyak hutangnya; berhutang mempunyai hutang (kpd), me­minjam wang dll drpd seseorang: ia pernah ~ pd ceti; si ~ orang yg berhutang; tempat ~ orang dll yg memberi hutang; ~ berbaris bp berhutang banyak-banyak (drpd berbagai-bagai punca); ~ budi menerima kebaikan orang lain (wajib membalas kebaikan orang); ~ nyawa terselamat hidupnya (ter­selamat oleh pertolongan orang); menghutangkan, memperhutangkan me­min­jamkan wang atau benda kpd seseorang; terhutang 1. sudah berhutang; 2. ~ budi sudah menerima kebaikan orang (tetapi belum berbalas); hutangan Id wang (benda) yg didapati kerana berhutang; orang ~ Id ark orang yg berhutang; perhutangan perihal hutang-berhutang; orang ~ Id ark orang yg memberi hutang (peminta, pemungut, atau penagih hutang); penghutang orang atau pihak yg berhutang, peminjam wang: cagaran merupakan jamin­an utk pemiutang jika ~ tidak memenuhi kewajiban atau gagal membayar kembali pinjamannya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.tang] | هوتڠ

Definisi : 1 wang dll yg dipinjam drpd orang lain: Dia berjimat kerana hendak menjelaskan ~nya. 2 kewajipan membayar balik apa-apa yg sudah diterima. ~ budi kebaikan orang lain terhadap diri sendiri yg patut dibalas. ~ lapuk hutang yg tidak berbayar. ~ piutang wang yg dipinjam drpd orang lain atau yg dipinjamkan kpd orang lain; ber­bagai-bagai hutang. ~ keliling pinggang terlalu banyak hutang. berhutang meminjam wang dll drpd seseorang: Dia tidak pernah ~. menghutangi memberikan wang dll sbg hutang kpd: Dia ~ saya seratus ringgit. menghutang­kan memberikan pinjaman (wang dll): meminjamkan (wang dll): Saudagar itu banyak ~ wang kpd orang susah. terhutang 1 sudah berhutang. 2 = berhutang sudah menerima kebaikan orang tetapi belum dpt membalasnya: Sampai sekarang saya masih ~ budi kpd­nya. perhutangan perbuatan atau hal berhutang. peng­hutang orang yg berhutang (kpd orang lain). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hutang (kata nama)
Bersinonim dengan pinjaman, piutang, kredit, bareh, tunggakan;,
Kata Terbitan : berhutang, menghutangkan, memperhutangkan, terhutang, penghutang,

Puisi
 

Pisang emas bawa belayar,
     Masak sebiji di atas peti;
Hutang emas boleh dibayar,
     Hutang budi dibawa mati.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Utang (hutang) biduk belum langsai,
     utang (hutang) pengayuh datang pula.

Bermaksud :

Hutang yang dulu belum dibayar, sudah berhutang lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Samir tak habis, kajang pula, b. Utang [hutang] samir belum selesai, hutang kajang tumbuh pula, c. Utang [hutang] tembilang belum langsai, utang [hutang] tajak tiba pula).

 

Lihat selanjutnya...(26)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HUTANG NEGARA UMUM 
HUTANG UMUM 
MORATORIUM

Moratorium ialah penangguhan sah untuk

pembayaran hutang atau tanggungjawab

kewangan. Ia dicapai melalui dekri perundangan

atau eksekutif. Moratorium melambatkan tindakan

undang-undang terhadap hutang dan tidak

melepaskan penghutang daripada tanggungjawab

untuk membayar tetapi sekadar menangguhkan

tarikh hutang yang perlu dibayar.

UMUM 
KEBANKRAPAN

Kebankrapan ialah proses undang-undang

yang dikenakan ke atas seseorang yang tidak dapat

membayar hutang. Aset penghutang, atau bankrap,

diagihkan antara pemberi kredit berdasarkan

jumlah hutang yang ditanggung oleh penghutang.

UMUM 
SEWA BELI

Sewa beli ialah satu kaedah pembelian secara

hutang. Kedai yang menjual barangan secara sewa

beli selalunya menghendaki pembeli membayar

sebahagian daripada harga barangan pada masa ia

dijual. Pembeli kemudiannya akan membuat

beberapa kali bayaran yang sama banyaknya

seperti yang dinyatakan, sehingga bayaran

dilunaskan sepenuhnya. Bayaran ini dikenali

sebagai bayaran tertunda dan tempoh masa

pembayarannya boleh dilanjutkan.

UMUM 
LIEN

Lien ialah tuntutan yang sah di sisi undang-

undang oleh seseorang terhadap harta orang lain

sebagai cagaran untuk hutang. Lien hampir sama

dengan gadai janji (pinjaman atas harta). Tetapi

tidak seperti gadai janji, lien tidak boleh diserah

hak (dipindahkan) kepada orang lain (lihat Gadai

janji; Kontrak).

UMUM 
QUARTER DAYS

Quarter days adalah empat hari yang setiap

satunya menandai permulaan suku pertama dalam

setahun. Secara tradisinya, hari ini dianggap

sebagai hari untuk menyelesaikan hutang tertentu,

yang mesti dijelaskan dalam bentuk ansuran dalam

tempoh suku tahun, seperti bil elektrik, gas, dan bil

telefon.

UMUM 
AGENSI PEMUNGUTAN

Agensi pemungutan ialah sebuah organisasi

yang memungut bayaran yang terlewat. Banyak

syarikat perniagaan dan orang perseorangan

menggunakan agensi pemungutan daripada

membuang masa mereka sendiri untuk

memungut hutang yang sedemikian. Agensi

tersebut menerima bayaran atau komisen yang

biasanya berasaskan jumlah yang dipungutnya.

UMUM 
OGLETHORPE, JAMES EDWARD

Oglethorpe, James Edward (1696 –1785),

orang Inggeris, merupakan pengasas tanah jajahan

Georgia Amerika. Dia lahir di London dan

mendapat pendidikan di Oxford University. Dia

memasuki tentera British semasa berusia 14 tahun.

Dia dipilih menjadi ahli Parlimen pada tahun 1722.

Di sana, dia mula memberi perhatian kepada orang

yang telah dipenjarakan kerana tidak melunaskan

hutang mereka. Oglethorpe berharap dapat

membantu mereka dengan menubuhkan sebuah

tanah jajahan Amerika bagi penghutang ini. Pada

tahun 1732, dia dan sekumpulan bersekutu

menerima piagam daripada George II bagi tanah

jajahan tersebut, yang bakal ditubuhkan di wilayah

di antara Sungai Savannah dengan Sungai

Altamaha.

UMUM 
TABUNG KEWANGAN ANTARABANGSA (IMF)

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)

ialah pertubuhan yang dianggotai lebih daripada

150 buah negara yang berusaha untuk menubuhkan

satu sistem pembayaran dan perdagangan

antarabangsa yang cekap. IMF berusaha untuk

membantu negara anggota mencapai pertumbuhan

ekonomi yang pantas, tahap guna tenaga yang

tinggi dan meningkatkan taraf hidup. IMF bertindak

sebagai agensi perunding kewangan antarabangsa

dan masalah hutang. Anggota pertubuhan ini

bekerjasama untuk mengekalkan persetujuan

pertukaran yang teratur antara negara.

IMF ditubuhkan selepas Persidangan Bretton

Woods pada tahun 1944. Ia mula beroperasi pada

tahun 1947 dengan tabung kewangan bernilai AS$9

bilion dalam bentuk mata wang dan emas. IMF

menggunakan tabung itu untuk membantu negara

anggota untuk menyelesaikan masalah imbangan

pembayaran. Pada tahun 1969, IMF mengadakan

sejenis aset simpanan yang dikenali sebagai Hak

Pengeluaran Khas (SDR – Special Drawing Rights)

sebagai tambahan kepada simpanan mata wang dan

emas antarabangsa. Sehingga awal tahun 1990-an,

IMF mempunyai aset bernilai lebih kurang AS$120

bilion.

UMUM 
12

Kembali ke atas