| MENJERAT | Menjerat ialah menangkap atau membunuh haiwan liar dengan jerat. Ia adalah salah satu daripada kaedah pertama bagi manusia menangkap haiwan untuk dijadikan makanan atau pakaian. Di kebanyakan tempat di dunia, manusia masih menggunakan jerat untuk mendapatkan makanan. Sesetengah puak di Afrika, misalnya, menjerat antelop dan monyet sebagai makanan. | UMUM | |
| PETA | Peta ialah gambaran tentang bumi atau mana-mana cakerawala lain yang dilukis atau dicetak. Kebanyakan peta menunjukkan sebahagian atau semua permukaan bumi. Tetapi, peta juga mungkin menunjukkan planet lain, bulan atau kedudukan bintang di angkasa. Kebanyakan peta adalah rata, walaupun sesetengahnya mempunyai permukaan timbul. Glob ialah peta dalam bentuk bola. | UMUM | |
| KEKUBAH | Kekubah ialah bumbung atau siling yang melengkung. Kekubah paling biasanya dibuat daripada batu bata, konkrit, atau batu. Empat jenis utama kekubah adalah (1) kekubah terowong, (2) kekubah groin, (3) kekubah tetulang, (4) kubah. | UMUM | |
| SIMBOL | Simbol ialah apa-apa sahaja yang menyampaikan satu fakta atau idea atau yang melambangkan sesuatu objek. Sesetengah simbol, seperti bendera dan tanda berhenti, adalah simbol visual. Unsur lain, termasuk muzik dan perkataan yang dituturkan yang melibatkan bunyi. Simbol menduduki antara ciptaan kata tertua dan yang paling asas. | UMUM | |
| SENDI | Sendi ialah tempat pertemuan dua atau lebih tulang dalam rangka tubuh. Tempat ini dikenali juga sebagai artikulasi . Sendi boleh jadi tetap atau boleh bergerak . Sendi tetap ialah kelim di antara tulang yang terletak bertentangan dengan sama satu lain, atau dipisahkan oleh satu lapisan nipis tisu penyambung. Apabila terhantuk atau kemalangan, sendi ini boleh menyerap secukup kejutan supaya tulang tidak patah. Sendi pada kranium (meliputi otak) adalah tetap dan melindungi otak. | UMUM | |
| MENGUKIR KAYU | Mengukir kayu ialah perbuatan mencipta figura atau reka bentuk pada kayu dengan memotong atau memahat kayu. Mengukir kayu adalah satu hobi dan satu bentuk seni. Sesetengah ukiran dilakukan dengan mesin yang mempunyai pemotong yang dipasang pada gelendong berkelajuan tinggi. Rencana ini memerikan cara mengukir kayu dengan tangan. | UMUM | Umum |
| TERGELIAT | Tergeliat ialah kecederaan pada ligamen atau pada tisu yang menutupi sesuatu sendi. Ligamen ialah jalur gentian yang berutas-utas seperti tali yang mengikat tulang-tulang sendi ke posisinya dengan kukuh dan baik (lihat Ligamen ). Tisu yang menutupi sendi-sendi itu dikenali sebagai kapsul . Kebanyakan kejadian tergeliat adalah akibat daripada berlakunya renggutan mengejut yang akan menegang atau mengoyak tisu-tisu ligamen atau kapsul itu. Kejadian tergeliat yang paling biasa berlaku adalah pada buku lali dan pergelangan tangan, tetapi seseorang mungkin boleh tergeliat di mana-mana sendi sahaja. | UMUM | |
| TIMBANG TARA | Timbang tara ialah pengadilan sesuatu pertikaian oleh seseorang atau lebih, keputusannya adalah muktamad dan terikat. Hakimnya dikenali sebagai penimbang tara atau lembaga timbang tara . Penimbang tara dipilih oleh pihak-pihak yang bertikai atau agensi berkecuali yang dilantik oleh mereka. Keputusan penimbang tara ini dikenali sebagai award . Timbang tara boleh digunakan antara individu, kumpulan atau negara. | UMUM | |
| SLANGA | Slanga ialah jenis bahasa yang tidak formal apabila kata dan frasa digunakan dengan cara baru atau luar biasa. Banyak istilah slanga adalah ekspresif, lucu, dan jelas. Sesetengahnya adalah kasar dan menyinggung perasaan. Ungkapan slanga boleh jadi kata baru, seperti glitzy (terlalu terang dan menjolok mata) atau hype (pengiklanan yang bergantung pada gimik atau muslihat). Ia juga boleh jadi kata lama yang mengalami perubahan makna, seperti magic (menakjubkan) atau cool (canggih dan terkawal diri). | UMUM | |
| SALTBUSH | Saltbush ialah nama yang popular bagi lebih daripada 1400 spesies (jenis) tumbuh-tumbuhan di Australia. Ia adalah separa pokok renek atau herba kayu lembut yang tahan kemarau. Kebanyakannya berwarna kelabu-hijau atau keperakan. Ia dinamakan saltbush kerana sifatnya yang masin dan kerana ia tumbuh di rawang masin dan kematu garam masin dan di pesisir laut. Kebanyakan saltbush, terutamanya jenis pedalaman, adalah foder yang sangat baik. Pengelasan saintifik. Saltbush jenis yang paling biasa tergolong dalam famili goosefoot, Chenopodiaceae, genus Atriplex . | UMUM | |