Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.man] | ايمان

Definisi : Ar 1. keyakinan terhadap wujudnya Allah dgn hati, yg dilafazkan dgn kata-kata, dan dilaksanakan dgn amalan: di mukanya, kelihatan sinar takwa dan ~; 2. ketetapan hati, kekuatan batin: walau bagaimana kuat pun godaan syaitan, namun ~nya tidak bergoncang; kurang ~ kurang kuat hatinya, mudah terpengaruh atau tertipu; membawa ~ menyebarkan agama Islam; beriman mempunyai iman, patuh kpd larangan dan suruhan Allah, berpegang kuat kpd ajaran agama: jangan lupa ~ kpd Allah kerana kita ini semua hamba-Nya; berimankan percaya kpd: Upu Lamdusalat inilah awal Raja Bugis yg mula-mula masuk agama Islam yg ~ nabi kita Muhammad; mengimani yakin dan percaya pd; keimanan keteguhan iman, keyakinan, ketetapan hati: ada sesuatu sekarang yg hilang drpd diriku, ~ barangkali. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.man] | ايمان

Definisi : 1 pegangan teguh di hati terhadap adanya Allah dan mematuhi segala hukum-Nya: membawa ~ memeluk agama Islam. 2 pegangan teguh di hati utk menjauhkan diri drpd sebarang kejahatan; ketetapan hati; kekuatan batin: Dia berdoa supaya Allah menetapkan ~nya dlm masa menghadapi sebarang godaan syaitan. kurang ~ tidak teguh pendiriannya; mudah terpengaruh. beriman patuh pd larangan dan suruhan Allah; berpegang pd ajaran agama; mempunyai iman: Orang-orang yg ~ akan selamat di dunia dan di akhirat. mengimani yakin dan percaya pd: ~ Allah dgn sungguh-sungguh. keimanan keteguhan hati; keyakinan: ~ adalah penting dlm menghadapi cabaran hidup ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iman (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kepercayaan, keyakinan, iktikad, ketetapan hati, kekuatan batin.,

Puisi
 

Anak ayam turun enam,
     Satu mati tinggal lima;
Minta doa tetapkan iman,
     Minta mati dalam agama.


Lihat selanjutnya...(19)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RUKUN IMANrukun yang mengandungi enam perkara iaiatu percaya akan Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Hari Akhirat, dan Qada' dan Qadar-Nya.AGAMAKonsep
IMAN

Iman, mempercayai, membenarkan dan meyakini dengan hati. 

AGAMAKonsep
HADIAH NOVEL DARUL IMAN

HADIAH NOVEL DARUL IMAN, peraduan mengarang novel berunsur Islam. Peraduan ini ditaja oleh kerajaan negeri Terengganu dan diselenggarakan bersama oleh Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) dengan Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA). Peraduan ini dilancarkan pada 20 April 1981 dengan menawarkan anugerah dan hadiah utama bernilai RM15 000; RM5000; dan RM5000.

SASTERAAnugerah/Hadiah
KUALA TERENGGANU

Kuala Terengganu (pend. 272 300), ibu negeri

Terengganu Darul Iman. Kuala Terengganu ialah

salah sebuah bandar besar yang terletak di pantai

timur Semenanjung Malaysia. Ia merupakan pusat

pentadbiran kerajaan negeri Terengganu. Dari

catatan sejarah, Kuala Terengganu telah wujud sebagai

penempatan sekitar abad ke-14.

UMUM 
ASCH, SHOLEM

Asch, Sholem (1880–1957), pengarang kelahiran

Poland, orang pertama yang mendapat pengakuan

dunia kerana menulis dalam bahasa Yiddish.

Watak-watak dalam karya Asch mencari iman dan

merindukan sesuatu yang ideal. Suatu tema utama

dalam karyanya ialah bahawa individu, biar betapa

berdosa sekalipun dia, namun dia akan berusaha

mencari kesucian.

UMUM 
MALAIKAT

Malaikat ialah makhluk yang dijadikan daripada

cahaya, tidak makan, tidak minum, tidak tidur dan

tidak berkahwin, tidak menderhakai perintah Allah

SWT bahkan menjalankan semua perintah-Nya

dan segala kerja yang ditugaskan oleh Allah

kepada mereka. Beriman kepada para malaikat

merupakan rukun iman yang kedua. Tidak sah iman

seseorang kecuali dia beriman kepada malaikat.

UMUM 
SURAH AL-MUMTAHANAH

Surah al-Mumtahanah ialah salah satu

daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-60

mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan

mengandungi 13 ayat. Surah ini dinamakan al-

Mumtahanah (perempuan yang diuji imannya)

kerana berdasarkan firman Allah S.W.T. dalam

surah ini yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila

orang-orang perempuan yang mengaku beriman

datang berhijrah kepada kamu, maka ujilah (iman)

mereka, Allah lebih mengetahui akan iman mereka;

dengan yang demikian sekiranya kamu mengetahui

bahawa mereka beriman, maka janganlah kamu

mengembalikan mereka kepada orang-orang yang

kafir”.

(Surah al-Mumtahanah 60:10)

UMUM 
TAREKAT DAN TASAWUF

TAREKAT DAN TASAWUF, amalan yang menjadi pelengkap kepada ilmu akidah dan syariat.  Ilmu akidah adalah disiplin ilmu yang berkaitan dengan iman.  Ilmu syariat pula berkaitan dengan amalan Islam, sementara ilmu tasawuf adalah ilmu yang berkaitan dengan keikhlasan.  Ia mewujudkan rangkaian iman, Islam  dan ihsan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SURAH AL-IKHLAS

Surah al-Ikhlas adalah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-112 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

empat ayat. Surah ini dinamakan dengan al-Ikhlas

(ikhlas) kerana ia menceritakan tentang kebenaran

iman yang tidak diselit oleh sifat riya’. Diriwayatkan

bahawa golongan musyrikin datang bertemu

Rasulullah s.a.w., lantas berkata: “Wahai

Muhammad, gambarkan kepada kami tentang

Tuhan kamu. Adakah ia daripada emas ataupun

perak, atau batu delima ataupun batu jed? Maka

turunlah ayat yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad) bahawa Allah itu

Maha Esa. Allah tempat bergantung”.

(Surah al-Ikhlas 112:1–2)

UMUM 
SURAH AL-BALAD

Surah al-Balad ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-90 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 20 ayat.

Surah ini dinamakan al-Balad (negeri) kerana ia

disebut di permulaan surah ini.

Surah ini menekankan pemantapan akidah dan

iman dengan penumpuan kepada kepercayaan

kepada hisab Allah S.W.T. dan balasan-Nya serta

perbezaan antara orang yang melakukan kebaikan

dengan orang yang melakukan kejahatan.

UMUM 
12

Kembali ke atas