Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kain yg hujung pangkalnya dijahit bersambung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kain yg dijahitkan (dican­tumkan) hujung dan pangkalnya dan dipakai utk menutup tubuh dr pinggang ke bawah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kain panjang yg hujung dan pangkalnya dijahit ber­sambung (dipakai utk menutup ba­hagian badan dr pinggang hingga ke kaki). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kain sarung bunga belais,
     Dikandung-kandung cuci di kaki;
Tunduk terkidum menyapa ikhlas,
     Barulah sedap rasa di hati.


Lihat selanjutnya...(3)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAIN KAMPUH

KAIN KAMPUH, kain sarung panjang yang diperbuat daripada dua keping kain tenunan berlerang kecil dan dicantum jahit bagi menjadikannya sehelai kain sarung. Ada kalanya, bagi mendapatkan kain sarung hingga ke paras dada, kain itu dikampuh tiga.

BUDAYAKraf Tangan
KAIN DAGANG LUAR

KAIN DAGANG LUAR, kain sarung yang dipakai di luar baju atau diselempangkan di atas bahu. Di Johor, kain dagang luar dikatakan dipengaruhi oleh orang Bugis yang berdagang menggunakan perahu dari satu tempat ke tempat lain. Kain sarung yang dipakai sebagai kain dagang luar ini dijadikan bekas mengisi barang-barang keperluan seperti pakaian, sayuran, buah-buahan dan lain-lain.

BUDAYAKraf Tangan
SARUNG

SARUNG, sehelai kain tenunan yang panjangnya lebih kurang 2 m dan dicantumkan kedua-dua penghujungnya menjadi sarung bulatan.  Panjang kain sarung tidak ada batasan tetapi lazimnya menutupi bahagian perut  atau pinggang hingga ke paras buku lali.  Pemakaian kain sarung sering dikaitkan dengan penduduk Asia Tenggara seperti Malaysia, Kepulauan Indonesia (Sumatera dan Jawa), Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Burma, Filipina dan Brunei.

BUDAYAKonsep
KAIN BATIK KEDAH

KAIN BATIK KEDAH, kain sarung batik cap. Pada awalnya kain ini dihasilkan oleh pembatik di negeri Kelantan dan Terengganu, tetapi kini ia terdapat di negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Kain sarung ini digunakan oleh wanita Kedah sebagai pakaian harian. Di tempat-tempat lain, kain batik dipakai sewaktu bersembahyang.

BUDAYAKraf Tangan
PAKAIAN BASAHAN

PAKAIAN BASAHAN, pakaian yang dipakai setiap hari seperti baju, seluar, kain sarung, kain ikat kepala dan segala jenis pakaian dalam.  Pakaian basahan sering dikaitkan dengan pakaian yang agak lusuh, dipakai ketika berada di dalam rumah atau membuat kerja-kerja di sekitar rumah.  Pakaian basahan juga merangkumi pakaian harian yang dipakai oleh orang kampung ketika pergi ke sawah, ke kebun, atau melakukan apa jua kerja harian yang lasak.

BUDAYAPakaian
KAIN PELEKAT

KAIN PELEKAT, kain sarung yang diperbuat daripada benang kapas tenunan tabi dengan ragam hias tapak catur atau berpetak-petak atau berjalur-jalur.

BUDAYAKraf Tangan
KAIN LEPAS

KAIN LEPAS, kain yang seakan-akan kain sarung tetapi tidak dicantum kedua-dua hujungnya. Selalunya, kain lepas disebut sebagai ‘kain batik lepas’. Kain ini menjadi pakaian rasmi wanita di Indonesia.

BUDAYAKraf Tangan
KAIN SELERANG

KAIN SELERANG, kain sarung yang dihasilkan tanpa berkampuh. Kain ini ditenun menggunakan kek Melayu kecuali kain corak Pahang yang menggunakan kek siam. Kek siam digunakan kerana lebih cepat dan boleh menghasilkan dua hingga tiga helai sarung dalam sehari. Kain sarungnya juga lebih lebar dan panjang daripada kek Melayu.

BUDAYAKraf Tangan
PAKAIAN CIK SITI WAN KEMBANG

PAKAIAN ClK SITI WAN KEMBANG, pakaian tradisi kaum wanita Kelantan yang terdiri daripada sehelai kain sarung dan dua helai kain panjang yang digunakan untuk kemban dan penutup kepala hinggalah ke bahu.  Fesyen ini dipercayai menjadi kegemaran Cik Siti Wan Kembang, raja perempuan Negeri Kelantan, pada awal abad ke-17.  Pakaian kemban telah direkodkan oleh penulis Portugis pada awal abad ke-15 sebagai pakaian tradisi wanita Melayu.

BUDAYAPakaian
KAIN KELUBUNG

KAIN KELUBUNG, kain atau selendang yang digunakan bagi menutup kepala atau sebahagian muka wanita. Kain kelubung juga dikatakan sebagai kain sarung kedua bagi wanita yang digunakan untuk menutup kepala dan separuh badan. Jika wanita tersebut masuk ke dalam rumah atau bertemu muhrim atau berada dalam majlis, kain ini diikat di pinggang sebagai kain dagang luar.

BUDAYAKraf Tangan
12

Kembali ke atas