Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.wan] | کاون

Definisi : 1. kumpulan (binatang), kelompok, gerombolan (penjahat, pengganas, dll): Panglima Hitam melihat ~ ikan berenang-renang di air jernih; datanglah kpd saya se~ muda-mudi; 2. sahabat, teman (dlm pergaulan sehari-hari), rakan: hendak tahu akan baik orang, tanyalah kpd ~nya yg karib; aku dgn beberapa orang ~ telah mengungsi ke Merbuk; 3. orang yg bersama-sama melaku­kan sesuatu (terlibat dlm kegiatan, pekerjaan, dll yg sama), teman: ~ sekerja; 4. bp ahli rumah tangga (suami atau isteri), teman hidup: bakal menantuku sudah ada, ~ hidupmu yg ibu idam-idamkan sudah tersedia; 5. pema­kan, jodoh; ~ sirih apa yg dimakan dgn sirih; 6. Jh, bp kata ganti diri pertama, aku, saya: ~ harap bila ayah ~ pindah rumah nanti, awak boleh datang; ~ berbuat Id orang yg berserta melakukan kejahatan; ~ berlumba saingan (berlari); ~ sekelas budak (teman) yg sama kelasnya; umpama burung tumpang beramai dgn ~ banyak prb perihal orang dagang yg tidak sungguh dan tidak tetap hatinya di negeri orang; berkawan 1. = berkawan-kawan, berka­wanan berkelompok-kelompok atau ber­kumpulan-kumpulan (bkn binatang atau manusia), beramai-ramai, bergerombolan: dia terpandang-pandang ikan kecil dan besar berkawan-kawan; orang telah ramai datang berpasang-pasang, berkawan-kawan; burung pipit yg berterbangan berkawanan dr dahan ke dahan; 2. bergaul dan berbaik-baik dlm hubungan sehari-hari, menjadikan (meng­anggap atau melayani sbg) kawan, bersahabat, berteman: tidak pernah ia menolak orang-orang yg mahu ~ dengannya; tak usah ~dgn dia; 3. mempunyai pasangan hidup (suami atau isteri), sudah berkawan (bersuami atau beristeri); mengawan melakukan perhubungan jenis (bkn haiwan), bersetubuh (bkn haiwan): katak biasanya kembali ke air utk ~ dan bertelur; mengawani menemani: seorang dua adiknya boleh dibawanya tinggal bersama-sama utk ~nya apabila Kamal terpaksa meninggalkan rumah; memperkawan 1. menganggap (mengambil) sbg kawan, membuat kawan dgn; 2. minta pertolongan kpd; memperkawankan 1. mengusahakan supaya berkawan atau bersahabat (bkn orang yg belum kenal-mengenal, orang yg bermusuhan, dll); 2. Mn mengahwinkan (anak perempuan); kawanan sekumpulan binatang, segerom­bolan penjahat, pengganas, dsb: spt seekor lembu di tengah-tengah ~ kambing; pengawanan perbuatan atau proses menga­wan: proses ~ itu berlaku utk menghasilkan baka lembu yg berkualiti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.wan] | کاون

Definisi : sj ikan darat, Labiobarbus curieri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.wan] | کاون

Definisi : ; burung ~ sj burung, burung mati sekawan, enggang buluh, Anorrhinus galeritus carinatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.wan] | کاون

Definisi : 1 kumpulan binatang (spt kambing, lembu); gerombolan (penjahat, perompak dll): Ketika merayau-rayau di dlm hutan, dia telah bertemu dgn se~ gajah. Se~ penjahat bersembunyi di dlm hutan. 2 sahabat; teman; rakan; pengikut: Ali dan ~-~nya berkelah di tepi pantai. 3 sesuatu yg dimakan dgn sesuatu sbg pelengkap; jodoh: ~ sirih apa-apa yg dimakan dgn sirih (pinang, gambir dll). 4 orang yg bersama-sama melakukan sesuatu: ~ sekerja orang yg sama-sama bekerja dlm satu pejabat. berkawan 1 = berkawan-kawan berkelompok-kelompok; beramai-ramai: Gajah biasanya hidup ~ di dlm hutan. 2 bersahabat; berteman: Dia jahat, tak usah ~ dgn dia. mengawan melakukan hubungan jenis (bkn binatang). mengawani menemani: Gadis itulah yg ~nya apabila suaminya keluar bekerja pd waktu malam. kawanan sekumpulan binatang; segerombolan penjahat dsb: ~ penyamun. pengawanan perihal atau perbuatan mengawan: Proses ~ itu berlaku utk menghasilkan baka lembu yg baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kawan (kata nama)
1. Bersinonim dengan sahabat: rakan, teman, kenalan, handai, taulan, konco, pengikut, sekutu, penyokong, kumpulan, pasangan, kelompok, geng, komrad,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan aku: saya, kami, beta, hamba, kita, teman,

3. Bersinonim dengan pasangan: suami, isteri, teman hidup,

4. Dalam konteks makanan
bersinonim dengan judu, jodoh,

Kata Terbitan : berkawan, kawanan, mengawani, memperkawankan,

Puisi
 

Anak Cina kawanlah Cina,
     Mari kawan dalam kelas;
Sungguh saya bena tak bena,
     Dalam hati haram tak lepas.


Lihat selanjutnya...(22)
Peribahasa

Mengorek dompet kawan.

Bermaksud :

Menipu supaya kawan berbelanja. dompet = tas kecil tempat wang.

 

Lihat selanjutnya...(23)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAWAN BERGELUTKAWAN BERGELUT, kumpulan cerpen karya Soeman H.S. Kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta dan dicetak oleh Penerbit DE BRUG, Amsterdam. Ia mengandungi 12 buah cerpen. Antara cerpen yang terpanjang ialah “Papan Reklame” lebih kurang 1230 perkataan dan cerpen yang terpendek ialah “Tjik Mat”, lebih kurang 170 perkataan sahaja.SASTERAKarya
KAWAN BENARKAWAN BENAR, novel pertama yang dihasilkan oleh Ahmad bin Muhammad Rashid Talu. Novel ini diterbitkan pada tahun 1927 dalam tulisan Jawi setebal 177 halaman tanpa menyebut nama penerbitnya. Penerbitan semula novel ini diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, dalam tulisan Rumi pada tahun 1976 setebal 124 halaman.SASTERAKarya
LI BO

Li Bo (701–762) ialah salah seorang pujangga

China yang agung. Namanya dieja dengan

beberapa cara, tetapi cara yang paling biasa

ialah Li Po dan Li Bai. Puisinya dikagumi kerana

bahasanya yang meyakinkan, wit, humor, dan

gambaran romantiknya tentang alam semula jadi,

terutamanya tentang bulan. Li Bo juga menulis

puisi yang memuji kebaikan wain. Dia menggubah

banyak puisi di bankuet dan majlis istimewa untuk

menghiburkan kawan-kawan dan penaungnya.

Dia percaya karyanya yang terpenting ialah puisi

tentang etika dan norma kesusilaan.

UMUM 
SALOMA

Saloma, (1935–1983), penyanyi, pelakon dan

Biduan Negara Malaysia. Nama sebenarnya ialah

Salmah binti Ismail. Minat Saloma dalam bidang

seni bermula semenjak zaman persekolahan.

Bintangnya menyerlah setelah dia mengambil

bahagian dalam drama berjudul “Gadis Moden”

dan beritanya ini telah mendapat tempat di muka

depan akhbar Utusan Melayu . Pada masa itu

usianya baru 13 tahun. Oleh sebab penglibatannya

dalam bidang seni, terutamanya nyanyian sejak di

bangku sekolah, kawan-kawannya selalu mengejek,

kononnya dia akan menjadi orang wayang. Kesan

ejekan itu menyebabkan Saloma tidak meneruskan

persekolahannya.

UMUM 
THORPE, JEREMY

Thorpe, Jeremy (1929– ) ialah ketua Parti

Liberal dari tahun 1967 hingga tahun 1976. John

Jeremy Thorpe lahir di London dan mendapat

pendidikan di Amerika Syarikat serta Eton College

dan Oxford University, England. Pada tahun 1954,

Thorpe lulus sebagai barrister . Dia menjadi ahli

Parlimen dari parti Liberal bagi kawasan Devon

Utara pada tahun 1959. Pada tahun 1979, Thorne

dibebaskan daripada tuduhan berkomplot untuk

membunuh kawan lamanya, Norman Scott. Thorpe

kehilangan kerusi Parlimen semasa pilihan raya

tahun 1979.

UMUM 
TUK KHURASANTUK KHURASAN (1875-1944), ulama.  Dia lahir di Bhafar, Pakistan.  Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Sayid Hasan bin Nur Hasan.  Keluarganya berasal dari wilayah Khurasan di Iran.  Mereka kemudiannya berhijrah ke Afghanistan.  Semasa remaja, dia pergi ke Deoband, Uttar Pradesh, India untuk menuntut ilmu Islam di Universiti Darul Ulum ialah Syekh-ul Hindi Mahulana Mohammadul Hasan al-Deobandi (1951-1920).  Antara kawan seperguruannya ialah Maulana Ubaydullah al-Sindhi (1870-1944).SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
KOMUNIKASI

Komunikasi ialah perkongsian maklumat atau

penyediaan hiburan melalui pertuturan, penulisan

atau kaedah-kaedah lain. Jenis komunikasi yang

terpenting kemungkinannya ialah komunikasi

peribadi, yang berlaku apabila seseorang

menyampaikan fikiran dan keinginan mereka

kepada orang lain. Manusia berkomunikasi melalui

banyak cara, termasuk melalui pertuturan, dengan

mengerakkan tangan, malah dengan membuat

mimik muka. Manusia juga menggunakan telefon

dan surat untuk berkomunikasi. Tanpa komunikasi

peribadi, ibu bapa tidak akan tahu keperluan anak-anak

mereka. Guru tidak dapat membantu murid

mereka belajar. Kawan tidak dapat merancang

bersama-sama. Manusia tidak dapat berkongsi

ilmu pengetahuan. Setiap orang perlu belajar

sendiri segala-galanya. Sebenarnya, manusia

berkemungkinan tidak dapat bertahan lebih lama.

UMUM 

Kembali ke atas