NASIONALISME | Nasionalisme ialah perasaan kekitaan rakyat sebagai sebuah bangsa. Nasionalisme termasuk perasaan setia kepada bangsa dan bangga dengan kebudayaan dan sejarahnya. Dalam politik, nasionalisme dikaitkan dengan kepercayaan bahawa kerajaan harus dibentuk berdasarkan sekumpulan rakyat yang dipanggil bangsa. Para nasionalis secara umumnya percaya bahawa setiap kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebuah bangsa harus mempunyai sebuah negara. Parti- parti politik nasionalis atau kebangsaan secara umumnya menekankan hak kebangsaan mereka untuk merdeka – iaitu “hak untuk menentukan kehidupan sendiri”. | UMUM | |
SEMANGAT | Semangat merupakan sikap atau pandangan umum seseorang individu atau sesuatu kumpulan terhadap situasi tertentu. Ia mempengaruhi dan dipengaruhi oleh faktor seperti sikap optimistik, keyakinan, dan keazaman. Semangat boleh mempengaruhi kesejahteraan dan prestasi, dan berkaitan rapat dengan apa yang dikenali sebagai semangat kekitaan . Apabila semangat ‘tinggi’, rasa keyakinan seseorang individu atau kumpulan biasanya bagus, dan menghasilkan prestasi tinggi. Apabila semangat ‘rendah’, prestasi biasanya turut rendah. | UMUM | |
RUMAH ADAT ORANG BIDAYUH | RUMAH ADAT ORANG BIDAYUH, bangunan khusus yang digunakan untuk upacara agama, sosial dan adat orang Bidayuh di Sarawak. Fungsi rumah adat ini adalah untuk mempereratkan hubungan semangat kekitaan di kalangan orang Bidayuh. Orang Bidayuh membina rumah adat di setiap perkampungan mereka. Bagi penduduk Bidayuh di daerah Bau, rumah adat mereka dikenal sebagai ‘Baruk’, di daerah Serian dipanggil ‘Baluh’ atau ‘Balui’ dan di Kuching dipanggil ‘Panggah’. | BUDAYA | Bangunan/Kota |