Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la.pa.ngan] | کلاڤڠن

Definisi : 1. perihal lapang (tanah, padang, dll), keluasan, kesenangan: dia semata-mata minta ~ pd tempat yg sempit; 2. keluangan waktu, masa yg terluang (tidak sibuk): tiap kali ada masa ~, dia akan menemui Nahidah; minggu depan tuan ada ~? 3. kelegaan (fikiran, kedudukan, dll), kemudahan: masyarakat selama-lamanya mencari ~ dan kebebasan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la.pa.ngan] | کلاڤڠن

Definisi : 1 keadaan lapang (bkn tanah, padang dll); keluasan. 2 waktu yg lapang: Jika ada ~, saya akan hadir di majlis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lapang (adjektif)
1. Dalam konteks tempat
bersinonim dengan luas, besar, lebar, lega, selesa, lawar, lawas, tenggar,
Berantonim dengan sempit

2. Dalam konteks waktu
bersinonim dengan terluang, senggang, tidak sibuk,
Berantonim dengan sibuk

Kata Terbitan : melapangkan, lapangan, kelapangan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERAYAAN UMAT ISLAM

Perayaan Umat Islam ialah hari kemuliaan,

iaitu himpunan amalan yang berkaitan dengan

ibadat dan adat. Dari segi amalan ibadat ialah

solat, zikir (mengingati Allah), tahlil (berzikir

dengan kalimah tauhid “Lailahaillallah”), tasbih

(memuji Allah S.W.T. dengan Subhanallah) dan

takbir (mengagungkan Tuhan dengan Allahu

Akbar). Manakala adat kebiasaan pula seperti

makan, minum, pakaian, perhiasan, kelapangan,

kegembiraan dan amalan yang diharuskan dalam

Islam.

UMUM 

Kembali ke atas