Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.mur.ni.an] | کمورنين

Definisi : perihal murni, kesucian, keasli­an, ketulenan: ada baiknya kalau diadakan aturan dan perubahan yg sesuai agar ~ agama Islam tidak tercabul; mereka mahu mengekalkan ~ bahasa Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.mur.ni.an] | کمورنين

Definisi : keadaan murni; kesucian; ketulenan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
murni (adjektif)
Bersinonim dengan tulen, ceria, bersih, suci, kudus, nirmala, putih, safi, asli, jati;,
Kata Terbitan : memurnikan, kemurnian, pemurnian,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUHAMMADIYAH

MUHAMMADIYAH,  organisasi sosial-keagamaan kaum muda (modernis) yang terbesar di Indonesia. Organisasi ini ditubuhkan pada 8 November 1912 di Yogyakarta oleh Kiai Haji Ahmad Dahlan (1868-1923), seorang khatib masjid keraton Kesultanan Yogyakarta. Kiai Haji Ahmad Dahlan adalah salah seorang bekas murid Syekh Ahmad Khatib, iaitu pendukung pemikiran Syekh Muhammad Abduh. Dia melihat masalah sosial yang dialami oleh kaum Muslimin yang tinggal di kota-kota besar.  Tujuan organisasi ini pada ketika itu ialah penyebaran Islam. Muhammadiyah mempertahankan kemurnian Islam dengan menentang amalan bidaah dan khurafat. Dari segi sosial, Muhammadiyah ingin membela orang miskin dan yatim, dan menyediakan sekolah moden berdasarkan Islam. Justeru itu, pada peringkat awal penubuhannya, Muhammadiyah tidak terlibat dalam kegiatan politik.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas