Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.te.ra.ngan] | کترڠن

Definisi : 1. huraian utk menerangkan sesuatu, penjelasan: semua ~ guru itu didengar oleh Nurshahid dgn tenang; 2. hal yg menjadikan sesuatu perkara dll terang atau jelas, alasan, bukti, tanda: dlm tempoh yg ada pd kami, telah kami usahakan sedaya upaya utk mendapatkan ~ yg difikirkan perlu; 3. Id kata atau kelompok kata yg mene­rangkan kata yg lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.te.ra.ngan] | کترڠن

Definisi : 1 huraian utk menerangkan atau utk menjelaskan sesuatu perkara; pen­jelasan: Mendengar ~ itu, dia pun terdiam. 2 apa-apa yg menerangkan atau yg menjelaskan sesuatu; alasan: ~ yg diberikan oleh saksi itu tidak lengkap utk membuktikan bahawa yg dituduh betul-betul bersalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terang
1. Bersinonim dengan cahaya
( sinar, kilau, )
(kata nama:)

2. Bersinonim dengan terang
( cerah, jelas, nampak, )
(adjektif:)
Berantonim dengan kelam

3. Dalam konteks hari
bersinonim dengan siang, cerah,
(adjektif:)
Berantonim dengan gelap

4. Dalam konteks bunyi
bersinonim dengan nyata, jelas, ketara, tegas, kuat,
(adjektif:)
Berantonim dengan redam

5. Bersinonim dengan benar
( betul, pasti, tepat, sahih, sah, nyata, terbukti, )
(adjektif:)

6. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan sudah ditebang, sudah dibersihkan,
(kata kerja:)

Kata Terbitan : terang-terang, berterang-terang, berterang-terangan, menerangi, menerangkan, keterangan, penerangan, penerang,

Peribahasa

Menohok sepeninggal ciling.

Bermaksud :

Memajukan keterangan dan sebagainya sesudah perkara diputuskan. ciling = babi hutan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KETERANGAN

Keterangan ialah maklumat yang cuba

membuktikan atau menidakkan fakta yang

dipersoalkan. Keterangan boleh mengandungi

dokumen, rekod awam, atau testimoni saksi.

Keterangan juga boleh berupa objek, seperti

senjata pembunuhan yang kewujudannya atau

kehadirannya dapat memberikan maklumat tentang

fakta yang menjadi persoalan.

UMUM 
KETERANGAN RAJA

Keterangan raja. Di United Kingdom, apabila

seseorang yang dituduh melakukan jenayah

memberikan keterangan di mahkamah terhadap

rakannya yang terlibat dalam jenayah yang

sama, secara sukarela dan setelah mendapat

keizinan, dia dikatakan membuat keterangan

raja.

UMUM 
AKTA KETERANGAN 1951

Akta Keterangan 1951 (Akta 56) ialah statut utama yang mengawal selia undang-undang keterangan di negara ini.

UNDANG-UNDANGAkta
DEPOSISI

Deposisi keterangan daripada saksi yang tidak dapat

hadir ke mahkamah. Saksi memberi keterangan

bukti dengan bersumpah di hadapan pegawai

kehakiman. Saksi tidak hadir di mahkamah kerana

saksi sebenarnya tidak dapat hadir ataupun kedua-dua

belah pihak telah bersetuju saksi tidak perlu

hadir di mahkamah.

UMUM 
TEOLOGI

Teologi ialah kajian dan keterangan mengenai

Tuhan ataupun pernyataan mengenai kepercayaan

agama. Perkataan Inggeris theology berasal

daripada perkataan Yunani theos (tuhan) dan logos

(percakapan). Teologi mendalami persoalan

seperti: “Adakah Tuhan wujud? Bagaimanakah sifat

Tuhan? Apakah hubungan Tuhan dengan dunia

dan penghuninya? dan Bagaimana manusia

mengenali atau mengalami kewujudan Tuhan?”

Sesetengah cabang teologi mengamati sejarah

agama atau kajian kitab-kitab. Manakala cabang

teologi yang lain pula mengamati pembelaan

doktrin agama daripada pandangan yang

bertentangan ataupun penerapan doktrin tersebut

dalam kehidupan seharian.

UMUM 
PANINI

Panini ialah ahli nahu bahasa Sanskrit. Para

cendekiawan tidak pasti mengenai keterangan lanjut

hidupnya. Dia mungkin lahir di Punjab pada tahun

500-an atau 600-an SM.

UMUM 
MITOS

MITOS, cerita yang memberi keterangan tentang suatu tanpa diketahui siapa pengarangnya.  Mitos berakar umbi daripada sesuatu kepercayaan masyarakat semasa masyarakat itu masih dalam keadaan primitif.  Mitos merupakan percubaan masyarakat itu memberi keterangan tentang sesuatu yang berlaku dalam alam sekelilingnya, seperti apabila seorang dewasa cuba menjawab soalan daripada seorang kanak-kanak.  Keterangan yang diberikan adalah sesuai dan selaras dengan tahap pemikiran yang dicapai oleh masyarakat semasa mitos itu diciptakan.  Keterangan yang diberikan dalam mitos itu juga diterima oleh akal masyarakat tersebut.

SASTERAKepercayaan
SURAH AL-BAYYINAH

Surah al-Bayyinah ialah salah satu daripada

surah-surah Madaniyyah, surah yang ke-98

mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan

mengandungi lapan ayat. Surah ini dinamakan al-

Bayyinah (keterangan) berdasarkan firman Allah

S.W.T., yang bermaksud: “Dan tidaklah berpecah-belah

orang-orang yang didatangkan al-kitab

(kepada mereka) melainkan sesudah datang kepada

mereka keterangan yang nyata”.

UMUM 
ALAT BOLEH NIAGA

Alat boleh niaga, merujuk kepada jenis

pertukaran undang-undang atau dokumen sama

ada secara perjanjian atau arahan untuk membayar

wang. Alat boleh niaga digunakan sebagai

keterangan keterhutangan atau gantian kepada

wang yang boleh dipindahkan daripada seseorang

kepada seseorang.

UMUM 
SAMAN

Saman ialah perintah yang dihantar oleh seorang

pegawai mahkamah. Saman memberitahu orang

yang namanya tercatat dalam dokumen tersebut

bahawa satu aduan telah dibuat, dan orang

berkenaan mesti datang ke mahkamah untuk

memberi keterangan. Surat saman mungkin

digunakan untuk kesalahan jalan raya atau

kesalahan kecil yang lain tanpa perlu dibuat

tangkapan. Sekiranya orang yang disaman tidak

hadir di mahkamah, maka mahkamah boleh

memerintahkan orang tersebut ditangkap.

UMUM 
12

Kembali ke atas