MUSEVENI, YOWERI | Museveni, Yoweri (1944– ), ahli politik dan ketua tentera Uganda, menjadi presiden Uganda pada tahun 1986. Dia ialah ketua National Resistance Movement (NRM) yang menggulingkan kerajaan General Tito Okello pada bulan Januari 1986. | UMUM | |
ZIA’U AL-HAQ, MUHAMMAD | Zia’u al-Haq, Muhammad (1924–1988) ialah ketua tentera Pakistan berpangkat jeneral, pemimpin politik dan ketua negara Pakistan sejak tahun 1977 sehingga dia meninggal dunia. Dia lahir di Jawlandar yang kemudiannya dikenali sebagai wilayah Punjab di India. | UMUM | |
SARGON OF AKKAD | Sargon of Akkad ialah raja yang mengasaskan empayar terbesar dalam sejarah. Dia membina empayarnya di Mesopotamia (kini Iraq) pada tahun 2300-an S.M. dan menawan kebanyakan negara barat daya Asia. Sargon ialah ketua tentera dan pentadbir yang terkenal. Dia seorang daripada raja terawal mempunyai pasukan tentera yang tetap dan melantik sekutunya daripada kalangan istana untuk menjadi gabenor bandar yang ditawan. Dia menyusun empayarnya begitu rapi sehingga dapat bertahan di bawah pemerintahannya selama lebih daripada 60 tahun. | UMUM | |
OLAV V | Olav V (1903–1991) menjadi raja Norway pada tahun 1957 apabila ayahandanya, Raja Haakon VII, mangkat. Olav lahir di England, dan pergi ke Norway semasa berusia dua tahun. Baginda memasuki Norwegian War College dan Oxford University. Baginda sering berkhidmat sebagai pemangku raja semasa ayahanda baginda gering. Olav merupakan ketua tentera pertahanan Norway dalam Perang Dunia II (1939–1945). Permaisurinya, Puteri Martha dari Sweden, mangkat pada tahun 1954. | UMUM | |
MUJIBUR RAHMAN | Mujibur Rahman (1920–1975), menjadi perdana menteri pertama Bangladesh pada bulan Januari 1972. Mujibur Rahman (dikenali sebagai Mujib) meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada bulan Januari 1975 dan mengambil alih jawatan presiden Bangladesh. Ketua-ketua angkatan tentera negara tersebut menggulingkan kerajaan Mujib dan membunuhnya pada bulan Ogos 1975. | UMUM | |
ABDUL HAMID BIDIN, TAN SRI | Abdul Hamid Bidin, Tan Sri (1918-1996) Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia yang kedua (1969–1970). Dia mengetuai tentera Malaysia yang berkhidmat di bawah Panji-panji Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Congo pada bulan Mac 1962. Dia adalah antara kumpulan 17 yang menyertai Perbarisan Kemenangan (Victory Parade) di London. Abdul Hamid memulakan perkhidmatannya daripada peringkat paling rendah hingga berjaya menjadi Ketua Turus Angkatan Tentera pada tahun 1969. | UMUM | |
NORIEGA, MANUEL ANTONIO | Noriega, Manuel Antonio (1934– ) ialah ketua tentera yang berkuasa di Panama dari tahun 1983 hingga tahun 1989. Pada bulan Disember 1989, Presiden Amerika Syarikat, George Bush telah mengarahkan tenteranya ke Panama. Menurut Bush, tenteranya dihantar atas tindak balas pembunuhan leftenan tentera marin Amerika Syarikat oleh tentera Panama , dan hukuman atas perdagangan dadah oleh Noriega. Pada Januari 1990, Noriega menyerah diri kepada pegawai Amerika Syarikat dan dibawa ke Amerika Syarikat untuk perbicaraan. | UMUM | |
DIONYSIUS THE ELDER | Dionysius the Elder (430?–367 SM) ialah raja Greek yang zalim dan ketua angkatan tentera yang memerintah Sicily purba hampir selama 40 tahun. | UMUM | |
ALEXANDER OF TUNIS, EARL | Alexander of Tunis, Earl (1891–1969), ketua tentera dan negarawan Inggeris dan merupakan orang kelahiran Britain yang terakhir menjadi Gabenor Jeneral Kanada. | UMUM | |
MOUNTBATTEN, LOUIS | Mountbatten, Louis (1900–1979), salah seorang keluarga diraja United Kingdom, dan pemimpin tentera yang cemerlang serta wizurai terakhir bagi jajahan British di India. Dia menjadi ketua operasi bersama British semasa Perang Dunia II (1939– 1945). Moutbatten menjadi pemerintah tentera Berikat di Asia Tenggara pada tahun 1943 dan mengetuai penaklukan semula Burma dan Semenanjung Malaysia daripada Jepun. Dia kemudiannya menjadi pemerintah samudera pertama, peringkat tentera laut yang tertinggi di United Kingdom. Sebagai wizurai India, dia membantu menguruskan kemerdekaan negara tersebut. | UMUM | |