Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.Öu.zu.ran]/[ke.u.zu.ran] | کعذورن

Definisi : perihal uzur: kalau jiran kita itu mendapat ~, wajib kita memberi pertolongan kepadanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.Öu.zu.ran]/[ke.u.zu.ran] | کعذورن

Definisi : keadaan atau hal uzur: ~nya menyebabkan dia bersara awal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
uzur (adjektif)
1. Bersinonim dengan sakit: berpenyakit, gering, terlalu tua,
Berantonim dengan sihat

2. Bersinonim dengan aral: halangan, rintangan, gendala,

3. Bersinonim dengan datang bulan: datang kotor, datang haid, sakit bulanan,

4. Bersinonim dengan usang: buruk, lama, lapuk, lasam, terlalu tua,

Kata Terbitan : menguzurkan, keuzuran,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RASUK

RASUK, satu keuzuran mental dan fizikal yang dipercayai berpunca daripada gangguan kuasa luar biasa seperti hantu, polong, pelesit, hantu raya dan jembalang. Ini berkaitan dengan kepercayaan orang Melayu yang kuasa ghaib boleh meresapi badan manusia dan fikiran. Seseorang yang kena rasuk atau kerasukan akan ketakutan dan terpekik-pekik meminta pertolongan. Rasuk boleh berlaku secara tiba-tiba. Hanya orang yang lemah semangat sahaja dapat dirasuk.

BUDAYAKonsep
ILMU PERUBATAN MELAYU

ILMU PERUBATAN, pedoman perubatan secara tradisional bagi menjauhkan manusia daripada ancaman gangguan pelbagai jenis penyakit. Ilmu perubatan Melayu bukan sahaja berkisar pada keuzuran dan penyakit tetap meliputi hal yang mengganggu kesejahteraan kehidupan manusia.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas