Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.rah] | ماره

Definisi : berasa panas hati kerana ditipu (dihina dll), perasaan panas hati, berang, gusar, murka: ayah dan ibunya ~ kepadanya; per-kataan yg akhir itu ditekannya mengeluarkan suara ~ sedikit; ~ku kpd orang-orang Jepun yg mengebom padang kapal terbang Sungai Petani belum lagi hilang; kena ~ diberangi (digusari); naik (bangkit, timbul) ~ menjadi marah; kemarah-marahan sangat marah; memarahi marah kpd, memberangi, meng­gusari: dia sendiri terasa salah kerana ~ adik-nya; budak-budak yg bergayut itu telah dima-rahi oleh konduktor bas tersebut; memarahkan 1. (naik) marah kerana sesuatu: dia cuba hendak mengambil buku lain, tetapi Kintan segera ~nya; 2. menyebabkan jadi (naik) marah: perbuatan Wak Salleh menge-mis setiap minggu itu ~nya benar; marahan Jk enggan (tidak mahu) bercampur dgn orang lain kerana marah; kemarahan perihal marah, keberangan, ke­gusaran: perkara ini mungkin menimbulkan ~ orang kampung; pd saat itu, hilang ~, lemah segala sendi anggota; pemarah 1. orang yg cepat atau lekas marah: apakah suaminya ~ dan pencemburu? 2. ber­sifat atau lekas marah; amarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.rah] | ماره

Definisi : (Padang) gelaran utk anak sutan dgn perempuan biasa atau anak puteri dgn laki­laki biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.rah] | ماره

Definisi : 1 = kemarahan perasaan panas hati atau perasaan tidak senang hati kerana dihina (dikeji, diperlakukan kurang baik dll); perasaan yg menyebabkan seseorang mahu berkelahi: ~nya kpd pemuda yg kurang ajar itu masih belum hilang lagi. 2 (berasa) panas hati kerana dipermain-mainkan dll; (berasa) berang: Ia ~ sekali mendengar jawapan orang itu. memarahi melarang atau menegur seseorang dgn menuturkan kata-kata yg kasar; memberangi: Dia ~ adiknya kerana memecahkan botol dakwatnya. memarahkan menimbulkan marah; menyebabkan menjadi marah: Ucapannya itu telah ~ kaum keluarganya. kemarahan perasaan marah; kegusaran. pemarah orang yg cepat atau lekas marah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Keledek merah pucuk meranti,
     Masak lemak tengah hari;
Sanak marah saudara benci,
     Biarlah hamba membawa diri.


Lihat selanjutnya...(31)
Peribahasa

Terkena pada ikan bersorak,
     terkena pada batang,
masam.

Bermaksud :

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).

 

Lihat selanjutnya...(33)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MARAH

Marah lihat Emosi.

UMUM 
MARAH RUSLI

MARAH RUSLI,  (1889 – 1968), penulis Indonesia. Dia lahir pada 7 Ogos 1889 di Padang, Indonesia. Dia mendapat latihan perguruan di Sekolah Raja Buktinggi, Sumatera. Kemudian Marah Rusli berpindah ke Sekolah Doktor Haiwan di Bogor dan lulus pada tahun 1915. Sewaktu revolusi berlaku di Indonesia, dia dilantik sebagai, Major, Angkatan Laut Indonesia.

SASTERATokoh
PETIR

Petir. Manusia prasejarah menganggap petir

sebagai suara dewa yang bergemuruh apabila

marah kepada manusia di bumi. Kini, ahli sains

tahu bahawa petir berpunca daripada

pengembangan udara secara mendadak kerana

dipanaskan oleh kilat.

UMUM 
PSYCHE

Psyche ialah seorang puteri dalam mitos purba.

Dia begitu cantik sehingga orang berpaling

memujanya, dan bukannya Venus, dewi cinta.

Venus menjadi marah, lalu menghantar anak

lelakinya, Cupid (Cinta) untuk menghukumnya.

Walau bagaimanapun, Cupid jatuh cinta kepada

Psyche dan melarikannya ke istana dunia pari-

parinya yang diperbuat daripada emas dan batu

permata. Cupid mengunjungi Psyche hanya pada

malam hari sahaja dan memberitahunya bahawa

sekiranya dia melihat Cupid dalam cahaya, dia

terpaksa meninggalkan Psyche untuk selama-

lamanya. Tetapi Psyche, selalu digesa oleh saudara-

saudara perempuannya yang zalim, pada suatu

malam menyalakan lampu untuk melihat Cupid

semasa dia sedang tidur. Cupid terjaga dan

meninggalkan Psyche.

UMUM 
KATAPLEKSI

Katapleksi ialah satu keadaan yang melibatkan

kehilangan sementara keadaan normal otot secara

tiba-tiba. Ia selalunya disebabkan oleh keadaan

emosi yang keterlaluan terutamanya ketawa,

marah, dan keterujaan. Serangan katapleksi ini

berbeza kadar dan lamanya. Serangan yang

sederhana boleh menyebabkan lemah pada lutut,

atau rahang ternganga, atau kepala terlentok.

UMUM 
ADRENALIN

Adrenalin ialah hormon yang dirembes oleh

kelenjar adrenal. Ia juga dikenali sebagai epinefrina.

Adrenalin membantu badan menyesuaikan diri

dengan tekanan yang tiba-tiba. Apabila seseorang

menjadi marah atau takut, kelenjar adrenal

melepaskan adrenalin ke dalam darah. Hormon ini

menyebabkan perubahan dalam badan untuk

menjadikannya lebih cekap untuk “berlawan atau lari”.

Contohnya, adrenalin meningkatkan kekuatan dan

kadar denyutan jantung dan menaikkan tekanan

darah. Ia juga mencepatkan penukaran glikogen

kepada glukos yang memberikan tenaga kepada otot.

UMUM 
SINDROM PRAHAID (SPH)

Sindrom prahaid (SPH) ialah keadaan yang

melibatkan ramai wanita, 3 hari hingga 10 hari

sebelum haid bermula. Sindrom ini mempunyai

pelbagai gejala, termasuk kegelisahan, kemurungan,

perubahan mood dengan tiba-tiba, mudah menangis,

berasa marah atau jengkel, sakit kepala, bengkak,

kesakitan payu dara, sembelit, berasa lapar, dan

kelesuan. Wanita yang diserang oleh SPH mungkin

mengalami beberapa gejala ini pada masa yang

sama, dan gejala ini mungkin sederhana atau teruk.

UMUM 
BIAWAK BERLIDAH BIRU

Biawak berlidah biru ialah biawak Australia

yang berbadan gempal yang dinamakan demikian

kerana lidahnya berwarna biru cerah yang terjulur

apabila ia marah atau cemas.

UMUM 
SALIM I

Salim I (872–926 H./1467–1520 M.), sultan

kesembilan dalam kerajaan Uthmaniyyah. Nama

penuhnya ialah Salim ibn Bayazid II. Salim I lahir

di Istanbul dan pernah menjawat jawatan

gabenor di Sanjaq Tarabzun pada akhir zaman

pemerintahan bapanya. Salim I menduduki takhta

ayahandanya secara kekerasan pada tahun 918 H./

1512 M.. Saudara-saudaranya amat marah lalu

berlakulah perang saudara tetapi berjaya

mengalahkan mereka.

UMUM 
SITI NURBAYA

SITI NURBAYA, novel karya Marah Rusli.  Novel ini diterbitkan pada tahun 1922 oleh Balai Pustaka.  Hingga tahun 1993, ia telah diulang cetak sebanyak 21 kali.  Judul asal novel ini ialah Siti Nurbaya, Kasih Tak Sampai.  Novel ini pernah disiarkan secara bersiri oleh Televisi Republik Indonesia pada tahun 1991.

SASTERAKarya
12

Kembali ke atas