KRITIKAN SASTERA MELAYU | KRITIKAN SASTERA MELAYU, satu bentuk kritikan sosial dalam karya sastera Melayu. Kritikan sastera Melayu masuk ke dunia sastera Melayu moden secara khusus sesudah kemasukan genre sastera dari Barat, iaitu cerpen, novel dan drama. Secara am, nyanyian telah pun wujud dalam bentuk kritikan sosial Melayunya, kemudian diikuti Abdullah Munsyi (abad 19) dengan karya-karya Hikayat Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah. | SASTERA | Karya |
PEMINJAMAN BAHASA SANSKRIT | PEMINJAMAN BAHASA SANSKRIT, proses peminjaman dalam bahasa Melayu. Kosa kata bahasa Sanskrit masuk ke dalam bahasa Melayu sejak zaman prasejarah. Braddell menyatakan bahawa kosa kata itu meliputi agama, falsafah, perdagangan, barangan muzik, undang-undang, raja-raja dan istana, flora dan fauna, dan sebagainya. | BAHASA | Konsep |
PUSTAKA NASIONAL | PUSTAKA NASIONAL, penerbit Melayu Singapura. Pustaka Nasional ditubuhkan di Singapura pada tahun 1963 di No. 40, Kandahar Street. Pengasasnya ialah Syed Ahmad Semait. Tujuan utama pustaka ini ditubuhkan adalah untuk mengisi kurangnya penerbitan buku-buku dan majalah berbahasa Melayu di Singapura. Pada masa itu, kebanyakan bahan bacaan untuk masyarakat Melayu di bawa masuk dari Indonesia. | SASTERA | Institusi/Organisasi |
SEKOLAH TUN FATIMAH | SEKOLAH TUN FATIMAH, sekolah menengah berasrama penuh. Sekolah Tun Fatimah (STF) sebenarnya bermula dengan penubuhan Sekolah Menengah Perempuan Melayu di Durian Daun, Melaka pada tahun 1956. Penubuhan sekolah ini adalah bertujuan untuk melahirkan guru-guru pelatih yang ditempatkan di Maktab Perguruan Melayu Melaka (MPPM) selepas mereka menduduki peperiksaan Lower Certifacate of Education (LCE). Pengambilan masuk pelajar ke sekolah ini adalah dari seluruh Tanah Melayu khususnya dari kawasan luar bandar. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
UNGKU OMAR UNGKU AHMAD, DATO' | UNGKU OMAR UNGKU AHMAD, Dato’ (1931-1969), ahli sains. Dia lahir pada 18 Januari 1931 di Johor Bahru, Johor. Dia merupakan anak Melayu pertama yang dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu di Kluang, Segamat, Pontian dan Tangkak, di samping pendidikan sekolah agama hingga Darjah Enam. Ungku Omar kemudiannya melanjutkan pelajarannya ke Maktab Melayu Kuala Kangsar sebelum meneruskan pelajarannya di Universiti Malaya Singapura dan lulus ijazah MBBS pada tahun 1957. Di Universiti Malaya, dia terus diterima masuk ke Tahun Kedua. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
AHMAD ISMAIL | AHMAD ISMAIL, Datuk (1899-1969), tokoh masyarakat dan penerbit buku. Dia lahir pada 3 Ogos 1899 di Kota, Kelantan. Ahmad mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Padang Garong dari tahun 1912 hingga tahun 1915, tetapi setakat Darjah dua sahaja. Tetapi atas kesedarannya sendiri, dia masuk sekolah swasta yang ditubuhkan oleh Majlis Agama Islam Kelantan di bawah pimpinan Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad (Tuk Kenali, ulama yang amat terkenal) membolehkannya fasih berbahasa Arab. | SASTERA | Konsep |
HAJI ABDUL RAHMAN HAJI SULAIMAN | HAJI ABDUL RAHMAN HAJI SULAIMAN (1923 – 1988), ulama. Dia lahir pada tahun 1923 di Kampung Gucil Lama, Kuala Krai , Kelantan. Dia dikenal dengan nama Haji Abdul Rahman Sungai Durian. Dia mendapat pendidikan Islam pada peringkat awal daripada ayahnya sendiri, Tuk Lebai Sulaiman. Pendidikan formalnya bermula di Sekolah Melayu Sultan Yahya Petra, Kuala Kerai hingga tamat Darjah Tiga, iaitu darjah tertinggi di sekolah pada masa itu. Dia ditawarkan untuk masuk ke Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (SITC), tetapi ayahnya mahu dia meneruskan pelajarannya dalam bidang agama untuk menjadi seorang ulama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
NAHMAR JAMIL | NAHMAR JAMIL (1938- ), penyair dan penterjemah. Dia lahir pada 4 November 1928 di Kampung Sena, Kangar, Perlis. Nama sebenarnya ialah Na’man bin Haji Mohammad Rawi. Selain nama pena Nahmar Jamil, dia juga menggunakan nama pena Namiri Jamil dan N’man Rawi Jamil. Nahmar mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kangar hingga lulus Darjah Lima. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Sekolah Arab al-Alwiah Addiniah, Arau hingga lulus Darjah Empat Thanawi. Dia juga sering membaca karya sastera Asia Barat untuk menambahkan pengetahuannya. Pada tahun 1976, dia diterima masuk ke Universiti Sains Malaysia untuk mengikuti kursus Penulisan Kreatif selama satu tahun. | SASTERA | Tokoh |
PARTI BUMIPUTERA SARAWAK | PARTI BUMIPUTERA SARAWAK, parti politik. Parti ini ditubuhkan pada tahun 1966. Kewujudan parti ini secara langsung memperlihatkan kebangkitan peribumi Islam dalam politik Sarawak. Dua buah parti Negara Sarawak (PANAS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA). Kedua-dua parti ini turut dianggotai oIeh golongan bumiputera bukan Islam. Kegagalan membawa masuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ke Sarawak memaksa parti Melayu yang sedia ada mencari cara yang lain bagi menyatukan orang Melayu dalam politik Sarawak. Kegagalan menubuhkan cawangan UMNO di Sarawak berpunca daripada perlembagaan UMNO yang tidak membenarkan keahliannya daripada kaum bumiputera bukan Islam. Selain itu, timbul juga kekhuatiran bahawa kemasukan UMNO akan menyebabkan parti politik itu akan mendominasi politik Sarawak. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kegiatan |